window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Operasi terhadap iklan 'billboard' haram di lebuhraya PLUS, Majlis Bandaraya Seremban ambil tindakan!

Haris · Jan 21, 2022 11:59 AM

Operasi terhadap iklan 'billboard' haram di lebuhraya PLUS, Majlis Bandaraya Seremban ambil tindakan! 01

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dilaporkan telah mengadakan Operasi Menampal Notis Iklan tidak berlesen di papan tanda (billboard) di tepi Highway PLUS. Operasi tersebut bertujuan untuk mengenalpasti iklan tidak berlesen di sepanjang kawasan dalam bidang kuasa mereka.

Operasi dilakukan bersama-sama dengan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan (JUUP) dan Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran (JPKP) bagi maklumat dan status iklan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Operasi terhadap iklan 'billboard' haram di lebuhraya PLUS, Majlis Bandaraya Seremban ambil tindakan! 01

Kredit: Majlis Bandaraya Seremban

Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Mas Midyawan Yahya berkata sebanyak 100 papan iklan telah ditampal notis tanpa lesen/permit daripada MBS.

Pihak MBS juga meminta agar pengiklan yang diambil tindakan supaya menghubungi pihak mereka.

Operasi terhadap iklan 'billboard' haram di lebuhraya PLUS, Majlis Bandaraya Seremban ambil tindakan! 02

Kredit: Majlis Bandaraya Seremban

Menurut laporan Utusan Malaysia lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meminta syarikat-syarikat yang meletakkan iklan mereka di papan iklan di sepanjang lebuh raya perlulah turut bertanggungjawab memastikan syarikat pengiklanan yang dilantik mereka mempunyai lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi berbuat demikian.

Ujar beliau, langkah itu bagi membendung isu papan iklan yang tidak mempunyai lesen dengan kebanyakannya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan yang berisiko mendatangkan bahaya termasuk kepada pengguna lebuh raya.

Operasi terhadap iklan 'billboard' haram di lebuhraya PLUS, Majlis Bandaraya Seremban ambil tindakan! 03

Kredit: Majlis Bandaraya Seremban

Kenyataan itu susulan daripada laporan Utusan Malaysia yang mendapati bahawa terdapat segelintir syarikat pengiklan yang tidak bertanggungjawab apabila mendirikan struktur papan iklan dengan menceroboh tanah berhampiran laluan lebuh raya.

Lebih mendukacitakan, struktur binaan iklan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak PBT malah tidak membayar pula cukai taksiran selain tidak mendapatkan permit iklan.

Baca: (Video) Tak ramai sanggup korek ‘longkang’, penyelenggara lebuh raya PLUS disanjung warganet

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda