window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PDRM: Motorsikal 70cc ke bawah untuk remaja 16-20 tahun untuk kurangkan statistik kemalangan

Khairil ยท Dec 30, 2020 03:00 PM

PDRM: Motorsikal 70cc ke bawah untuk remaja 16-20 tahun untuk kurangkan statistik kemalangan 01

Motosikal jenis 'kapcai' atau 'moped' memang cukup popular di Malaysia. Tetapi apa yang tidak dapat dinafikan juga adalah ia antara penyumbang utama kepada statistik kemalangan di negara ini terutama membabitkan remaja.

Berikutan itu, timbul cadangan untuk memperkenalkan peraturan baharu iaitu penunggang motosikal di usia 16 ke 20 tahun hanya boleh menunggang motosikal dengan enjin bersesaran 70cc ke bawah.

PDRM: Motorsikal 70cc ke bawah untuk remaja 16-20 tahun untuk kurangkan statistik kemalangan 02

Sumber imej: Makkal Osai

Memetik laporan FMT, Polis sudah mengutarakan cadangan kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Kementerian Pengangkutan mengenai had baharu bagi pemegang lesen untuk remaja di usia 16 ke 20 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cadangan berkenaan adalah penunggang dalam kategori umur ini hanya dibenarkan untuk menunggang motosikal dengan enjin bersesaran 70cc ke bawah sahaja bermula pada 2025.

"Undang-undang baharu harus dipertimbangkan untuk lima tahun akan datang berkaitan dengan kategori lesen baharu spesifik untuk remaja di mana mereka hanya perlu dibenarkan menunggang motosikal yang mempunyai kapasiti enjin yang kecil atau dikuasakan oleh elektrik," kata Ketua Penolong Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Bakri Zainal Abidin.

PDRM: Motorsikal 70cc ke bawah untuk remaja 16-20 tahun untuk kurangkan statistik kemalangan 01

Ketua Penolong Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Bakri Zainal Abidin (Tengah)

Ketika ini, had umur minimum bagi mendapatkan lesen motosikal adalah 16 tahun dengan had kuasa bagi enjin adalah 250cc bagi pemegang lesen B2.

Dalam satu rakaman video pada Mesyuarat Agung Tahunan MKJR tahun lalu, Bakri berkata cadangan itu perlu diperhalusi berikutan jumlah kemalangan jalan raya dan kematian yang tinggi membabitkan remaja menunggang 'kapcai' atau motosikal underbone dengan kuasa melebihi 150cc.

"Saban tahun tanpa gagal, penunggang motosikal dalam kategori usia 16 ke 20 tahun merekodkan kematian paling tinggi bagi semua jenis kenderaan dan hampir tiada penurunan yang ketara selama bertahun-tahun,” kata Bakri.

PDRM: Motorsikal 70cc ke bawah untuk remaja 16-20 tahun untuk kurangkan statistik kemalangan 02

Sumber imej: Kosmo

Sambil menambah masalah 'rempit' yang sukar dibendung di negara ini, Bakri berkata model-model kapcai yang berada di pasaran sebagai "Sumber kehancuran bagi generasi muda, terutama di pinggir dan luar bandar."

"Pertamanya ia adalah jentera yang berkuasa. Saya memberikan contoh yang popular di kalangan remaja, model 150cc ‘Y Suku’ (Yamaha Y15ZR). Kapcai ini berupaya untuk mencapai kelajuan melebihi 160 kilometer sejam.

PDRM: Motorsikal 70cc ke bawah untuk remaja 16-20 tahun untuk kurangkan statistik kemalangan 03

"Daripada operasi yang dijalankan oleh Polis Trafik seluruh negara, kami mendapati banyak jenis kapcai seperti ini merbahaya untuk penunggang dan juga pengguna jalan raya yang lain. Dan 'Y Suku' hanya salah satu contoh."

PDRM: Motorsikal 70cc ke bawah untuk remaja 16-20 tahun untuk kurangkan statistik kemalangan 04

Sumber imej: Utusan

“Jika kita boleh melaksanakan lesen kategori baharu ini, ia boleh menyelamatkan banyak nyawa. Ia pasti memberi manfaat kepada negara jika kita mempunyai polisi jangka panjang untuk mengawal kumpulan sasar di usia 16 ke 25 tahun dan mencipta budaya baharu untuk mereka iaitu menunggang hanya menggunakan motosikal berkuasa rendah.

Bakri menambah motosikal kapcai sepatutnya menjadi mod pengangkutan yang selamat bagi membawa seseorang itu ke satu lokasi ke satu lokasi yang berlainan.

“Adakah kita mahu 'kuda lumba' membawa anak remaja kita ke sekolah atau ke tempat kerja dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain atau kita mahu menggunakan 'kuda bekerja'?" katanya sambil menambah menunggang dengan laju dan merbahaya juga sebagai punca kemalangan.

PDRM: Motorsikal 70cc ke bawah untuk remaja 16-20 tahun untuk kurangkan statistik kemalangan 05

Sumber imej: Nezt Online Store

Sebagai rekod, proposal untuk mengenakan had penggunaan motosikal kepada remaja bukan sesuatu yang baharu dan sudah lama diperjuangkan.

Pada 2007, bekas Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Allahyarham S M Mohamed Idris mencadangkan penunggang motosikal di usia 17 hingga 21 tahun hanya dibenarkan untuk menunggang motosikal dengan kuasa 70cc ke bawah.

PDRM: Motorsikal 70cc ke bawah untuk remaja 16-20 tahun untuk kurangkan statistik kemalangan 06

Sumber imej: Suara Merdeka

Ia juga pernah diutarakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di forum keselamatan motosikal di Perlis pada September tahun lalu.

Begitupun, adakah cadangan ini mampu direalisasikan? Kita tunggu dan lihat apa hasilnya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda