window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pecca Leather Group umum usaha niaga dalam pembuatan alat ganti EV, kerjasama dengan MARii

Haris ยท Nov 25, 2021 11:00 AM

Pecca Leather Group umum usaha niaga dalam pembuatan alat ganti EV, kerjasama dengan MARii 01

Semakin ramai pemain industri automotif kini mensasarkan segmen baharu kenderaan elektrik selepas pengumuman pengecualian cukai dan beberapa kelebihan lain untuk kereta elektrik (EV) oleh kerajaan. Terbaru, Pecca Leather Group, syarikat pengeluar dan pereka upholsteri kulit untuk kenderaan dan kapal terbang kini mengumumkan untuk menceburi perniagaan pembuatan alat ganti kenderaan elektrik.

Langkah tersebut diumumkan bersama-sama dengan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dalam satu majlis menandatangani persefahaman tersebut.

Pecca Leather Group umum usaha niaga dalam pembuatan alat ganti EV, kerjasama dengan MARii 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, MARii akan menyokong pengembangan pasaran produk semasa dan akan datang Pecca kepada pengeluar peralatan asal (OEM).

"Ia juga akan merangkumi peningkatan kecekapan operasi proses perniagaan Pecca dengan menyepadukan sistem Industri 4.0, yang mana akan menyediakan dan melengkapkan kumpulan syarikat dengan lebih baik untuk memenuhi semua keperluan pelanggan baharu.

"Di samping itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meneroka penubuhan keupayaan pembuatan automotif untuk bahagian kenderaan bermotor termasuk EV, menjadikannya produk tempatan dan infrastruktur sokongan selepas jualan.

"MoU itu akan terus berkuat kuasa untuk tempoh dua tahun bermula hari ini," katanya.

Pecca Leather Group umum usaha niaga dalam pembuatan alat ganti EV, kerjasama dengan MARii 01

Pengarah Urusan Kumpulan Pecca Datuk Teoh Hwa Cheng berkata, pengecualian duti penuh untuk EV seperti yang dicadangkan dalam Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru bakal meluaskan pasaran bagi EV dan komponen khusus EV di negara ini.

Justeru katanya, kerjasama dengan MARii bermula hari ini akan menandakan satu perjalanan yang menarik untuk kumpulan untuk mula mengeluarkan produk baharu berkaitan segmen EV bagi menangkap peluang baharu dalam industri automotif dan mobiliti.

"Dalam jangka masa yang lebih panjang, syarikat kumpulan juga akan meninjau untuk meneroka pembuatan EV dan bekerjasama dengan jenama EV luar negara untuk menjadikannya produk tempatan.

"Melalui MoU ini, Pecca akan dapat mengubah syarikat menjadi pembekal Tahap 1 yang memasarkan dan menjual produk semasa dan baharunya kepada OEM dengan akses kepada pangkalan pelanggan yang lebih besar.

"Ini dijangka menyumbang secara positif kepada keseluruhan pendapatan masa depan serta pendapatan sesaham Kumpulan," katanya.

Pecca Leather Group merupakan antara pembekal upholsteri kulit automotif terbesar dalam segmen kenderaan penumpang OEM dan pemeriksaan pra-penghantaran (PDI) Malaysia. Selain itu, Pecca Leather turut membekal ke pasaran eksport antaranya Singapura, Amerika Syarikat, Belanda, Australia, New Zealand, UK, Ireland dan China. Kredit: Berita Harian

Baca: Selepas Malaysia, Honda mungkin akan membina kilang pemasangan bateri EV di Thailand

 

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda