window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelumba, penonton 'drag race' mati kutu dalam serbuan polis dekat tol Skudai, wang dan wanita jadi taruhan

Mersita · Feb 14, 2022 02:00 PM

Pelumba, penonton 'drag race' mati kutu dalam serbuan polis dekat tol Skudai, wang dan wanita jadi taruhan 01

Enam pelumba yang sedang seronok ‘drag racing’ berserta 120 orang penonton terperangkap ketika diserbu pihak polis yang bertindak menutup laluan keluar daripada kawasan perlumbaan menggunakan bas kilang dalam satu operasi khas di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Plaza Tol Skudai pada awal pagi semalam.

Pelumba, penonton 'drag race' mati kutu dalam serbuan polis dekat tol Skudai, wang dan wanita jadi taruhan 02

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi khas ini dijalankan hasil daripada risikan dan siasatan yang berjalan selama sebulan dimana pihaknya mendapati perlumbaan haram ini selalunya berlangsung pada hujung minggu pada jam 1 hingga 4 pagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelumba, penonton 'drag race' mati kutu dalam serbuan polis dekat tol Skudai, wang dan wanita jadi taruhan 01

Operasi khas ini membabitkan 60 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pelumba, penonton 'drag race' mati kutu dalam serbuan polis dekat tol Skudai, wang dan wanita jadi taruhan 02

Menurutnya, lumba haram ini dijalankan di satu laluan lurus sepanjang 700 – 900 meter dan beberapa pengguna lebuh raya membuat aduan kerana aktiviti ini bukan saja membahayakan pengguna lain, malah mereka turut menghalang laluan dengan menutup jalan sesuka hati ketika perlumbaan diadakan.

Pelumba, penonton 'drag race' mati kutu dalam serbuan polis dekat tol Skudai, wang dan wanita jadi taruhan 03

Hasil daripada operasi khas ini, seramai 105 lelaki dan 19 wanita berusia antara 18 hingga 45 tahun ditahan di lokasi kejadian. Enam pemandu berusia antara 22 hingga 25 tahun yang didapati berlumba ketika itu ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 42 Kanun Keseksaan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 81 APJ 1987.

120 orang penonton perlumbaan itu menjalani saringan air kencing sebelum dilepaskan atas jaminan polis. Seorang pemandu dan dua penonton didapati positif dadah dan turut ditahan reman atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Pelumba, penonton 'drag race' mati kutu dalam serbuan polis dekat tol Skudai, wang dan wanita jadi taruhan 04

Menurut Kamarul Zaman, pihaknya percaya ada ganjaran wang tunai selain wanita digunakan sebagai hadiah perlumbaan haram tersebut. Unsur perjudian dalam perlumbaan ini juga akan disiasat, tambahnya lagi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda