window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pembaharuan cukai jalan JPJ sudah boleh dibuat di PUSPAKOM untuk kenderaan persendirian

Mersita ยท Sep 1, 2021 11:00 AM

Pembaharuan cukai jalan JPJ sudah boleh dibuat di PUSPAKOM untuk kenderaan persendirian 01

Pembaharuan cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kenderaan persendirian kini sudah boleh dibuat di Puspakom bermula hari ini, 1 September 2021.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan mengumumkan sebagai permulaan, kemudahan ini akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan semua 39 pusat pemeriksaan Puspakom di seluruh Semenanjung Malaysia.

Fasa awal pelaksanaan pembaharuan LKM ini hanya akan melibatkan kenderaan persendirian – samada dimiliki oleh individu ataupun syarikat. Urusniaga pembaharuan LKM motosikal dan kenderaan e-hailing dirancang untuk ditambah dalam inisiatif ini bermula November 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pembaharuan cukai jalan JPJ sudah boleh dibuat di PUSPAKOM untuk kenderaan persendirian 01

Sebelum ini, urusniaga pembaharuan LKM di Puspakom hanya melibatkan kenderaan ‘decontrolled’ (kenderaan barangan dengan berat 7,500 kg ke bawah) sahaja yang telah dilaksanakan sejak tahun 2020 lagi.

Pembaharuan cukai jalan JPJ sudah boleh dibuat di PUSPAKOM untuk kenderaan persendirian 02

Memandangkan urusniaga secara ‘walk-in’ masih tidak dibenarkan, orang ramai yang ingin memperbaharui cukai jalan kenderaan di Puspakom haruslah membuat temu janji secara atas-talian di portal temu janji Puspakom (pautan di sini).

Mod pembayaran yang diterima di kaunter Puspakom pada masa ini adalah secara tunai.

Pembaharuan cukai jalan JPJ sudah boleh dibuat di PUSPAKOM untuk kenderaan persendirian 03

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Puspakom di 03-5101 7000, atau melalui e-mel ke customerservice@puspakom.com.my, mesej peribadi (DM) di laman Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd, dan Live Chat di laman web Puspakom.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda