window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemilik Mercedes-Benz yang teringin lambang AMG, boleh sedia bida nombor plat 'AMG'!

Haris ยท Jan 12, 2022 01:00 PM

Pemilik Mercedes-Benz yang teringin lambang AMG, boleh sedia bida nombor plat 'AMG'! 01

Pengumuman untuk nombor plat dengan huruf permulaan 'AMG' telah dimuat naik oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak melalui laman Facebook mereka.

Bidaan siri AMG tersebut akan dibuka pada selama 5 hari sahaja iaitu bermula 16 Januari 2022 dan akan tamat pada 20 Januari 2022 jam 10:00 malam.

Setakat ini, tiada susulan pengumuman mengenai berapa sasaran kutipan bidaan yang diumumkan oleh JPJ Perak. Walaubagaimanapun, ramai yang tahu bahawa tanda nama AMG sering dikaitkan dengan model Mercedes-Benz.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pemilik Mercedes-Benz yang teringin lambang AMG, boleh sedia bida nombor plat 'AMG'! 01

Hal ini kerana, jenama AMG merupakan huruf awalan bagi Aufrecht (pengasas), Melcher (pengasas) dan Großaspach (tempat lahir Aufrecht) serta lebih terkenal sebagai cabang prestasi untuk model Mercedes-Benz moden.

Harga bidaan mengikut kategori masih belum ditetapkan namun sebagai penanda aras, kategori nombor utama selalunya bernilai minima RM 20,000, nombor menarik RM 3,000, nombor popular RM 800 dan nombor biasa bernilai RM 300.

Orang awam atau syarikat yang tidak pernah mempunyai rekod di sistem Mysikap seperti rekod kenderaan, lesen atau saman dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan cawangan JPJ kecuali Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Berdasarkan pengumuman sebelum ini, setiap individu hanya layak untuk memenangi tiga nombor kenderaan manakala bagi perniagaan atau syarikat tidak melebihi lima nombor kenderaan.

Baca: JPJ minta pengguna 'report' kesalahan nombor plat 'fancy' jika terserempak atas jalan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda