window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengedar kereta perlu RM 120 juta sebulan untuk gaji pekerja, kini terjejas teruk!

Haris ยท Aug 19, 2021 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan, pengedar kereta perlu membayar sehingga RM120 juta sebulan untuk gaji pekerja, sewa dan pinjaman, sementara penjual kereta baharu dan terpakai serta syarikat kredit berkata kos operasi membabitkan sehingga RM20,000 sebulan.

Pengedar kereta perlu RM 120 juta sebulan untuk gaji pekerja, kini terjejas teruk! 01

“Situasi terkini jauh lebih teruk berbanding tahun lepas. Semasa PKP tahun lepas, kami tutup kedai hanya untuk 1.5 bulan. Tapi tahun ini, kami tiada jualan langsung selama dua bulan, ditambah lagi dengan kerugian yang masih ditanggung dari tahun lepas,” ujar seorang pengedar Honda kepada kami.

Ketiadaan jualan pada bulan Jun dan Julai turut menyaksikan kerugian sehingga RM 14 billion untuk keseluruhan industri automotif menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Baca: Pengedar kereta rugi sekitar RM 14 billion untuk bulan Jun dan Julai 2021 - MAA

Pengedar kereta perlu RM 120 juta sebulan untuk gaji pekerja, kini terjejas teruk! 02

Pengedar kereta dilihat terperangkap antara pengeluar kenderaan dan pelanggan. Hal ini kerana masih banyak tempahan pelanggan belum dapat dipenuhi sementara kilang kereta sedang mengambil langkah ‘tunggu dan lihat’ sebelum membuka barisan pengeluaran.

Malah, angka jualan kereta bukanlah penyumbang utama kepada keuntungan syarikat. Ia turut dibantu dengan servis selepas jualan.

Baca: Kilang kereta belum buka operasi hari ini walaupun diluluskan. Kenapa?

Pengedar kereta perlu RM 120 juta sebulan untuk gaji pekerja, kini terjejas teruk! 03

“Orang ramai kini dah kurang berjalan, maka jumlah kenderaan yang masuk jauh lebih rendah. Kami kini hanya mampu mencatatkan lebih kurang 30 peratus daripada jualan biasa. Lagipun, ramai pelanggan kerap kami sedang bergelut dengan masalah kewangan dan telah menangguhkan janji-temu servis kereta mereka,” kata pengedar 

"Kami tidak memperolehi banyak hasil dari operasi penjualan, dan servis selepas jualan lah yang 'memberi subsidi' kepada hasil jualan kami, tetapi dengan situasi ini, kami mengalami kerugian hampir 2 tahun dan kami tidak dapat meneruskan lebih lama lagi,” katanya.

Pengedar kereta perlu RM 120 juta sebulan untuk gaji pekerja, kini terjejas teruk! 04

Pengusaha juga mengatakan bahawa simpanan tunai mereka kini di tahap kritikal.

"Walaupun kita mampu mendaftar dan menyerahkan kereta kepada pelanggan, itu tidak bermaksud kita akan dibayar terus oleh pihak bank dengan segera. Banyak prosedur perbankan tidak dapat dilakukan sekiranya pegawai pinjaman bekerja dari rumah. Dalam keadaan sekarang ini, kami sangat memerlukan pembayaran tepat pada masanya untuk membayar kakitangan kami,” kata seorang peniaga Perodua yang lain.

Pengedar kereta perlu RM 120 juta sebulan untuk gaji pekerja, kini terjejas teruk! 05

Dalam satu perkembangan terbaru, lebih daripada 1 per 4 daripada sekitar 60,000 pengusaha pengedar kenderaan dijangka ditutup menjelang suku ke-4 tahun 2021 nanti. Pembukaan 11 sektor perniagaan masih tidak memberi makna sekiranya aliran tunai dalam ekonomi masih tersekat.

Baca: SA berbaris di food bank, semakin banyak pengedar kereta akan tutup menjelang Ogos 2021

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda