window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengedar kereta rugi sekitar RM 14 billion untuk bulan Jun dan Julai 2021 - MAA

Haris · Aug 16, 2021 05:00 PM

Pengedar kereta rugi sekitar RM 14 billion untuk bulan Jun dan Julai 2021 - MAA 01

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang berpanjangan sejak bulan Jun dan Julai 2021, industri automotif dilaporkan mengalami kerugian sehingga RM 14 billion untuk 2 bulan berkenaan, menurut laporan MAA.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, industri automotif Malaysia mengalami kerugian besar kerana kilang pengeluaran kenderaan bermotor, pusat pengedaran dan pusat penjualan terutama di Lembah Klang dihentikan sejak 1 Jun 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengedar kereta rugi sekitar RM 14 billion untuk bulan Jun dan Julai 2021 - MAA 01

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad

"Penjualan dan produksi kenderaan bermotor selama 2.5 bulan terakhir sangat terhad. Berdasarkan statistik terkini MAA, penjualan masing-masing hanya 1,921 unit dan 7,086 unit untuk bulan Jun dan Julai 2021.

Baca: Hanya 1,921 jualan kenderaan direkodkan ketika ‘lockdown’ bulan Jun 2021 - MAA

Pengedar kereta rugi sekitar RM 14 billion untuk bulan Jun dan Julai 2021 - MAA 02

"Anggota kami juga mengalami kerugian mendadak dari segi pendapatan berdasarkan pengurangan eksport kenderaan dan komponen, serta jualan alat ganti di dalam negara. Secara keseluruhan, kerugian ini sangat besar dan belum pernah terjadi sebelum ini." ujar beliau lagi.

Persatuan itu mempunyai seramai 1,300 pengedar yang menjadi anggota di seluruh Malaysia.

Pengedar kereta rugi sekitar RM 14 billion untuk bulan Jun dan Julai 2021 - MAA 03

Aishah turut berkata bahawa penutupan kilang ini bukan sahaja mempengaruhi syarikat automotif tetapi juga mempunyai kesan yang lebih luas terhadap keseluruhan ekosistem automotif di negara ini.

Walaubagaimanapun, pembukaan 11 sektor perniagaan yang baru diumumkan memberi sedikit kelegaan terhadap industri automotif.

Baca: PKP TERKINI: Pusat cuci kereta & bilik pameran dibenarkan buka bermula 16 Ogos!

Pengedar kereta rugi sekitar RM 14 billion untuk bulan Jun dan Julai 2021 - MAA 04

"Industri automotif tidak mampu bertahan jika penutupan ini berpanjangan. Ramai di antara kami yang sedang nazak. Ramai yang telah menghabiskan simpanan sejak satu tahun yang lalu. Oleh itu, pengumuman pembukaan perniagaan dan usaha menghidupkan semula industri ini sangat melegakan”.

Pengedar kereta rugi sekitar RM 14 billion untuk bulan Jun dan Julai 2021 - MAA 05

Selain itu, industri automotif juga merupakan antara industri yang sangat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan ketat. Malah, tinjauan Wapcar mendapati bahawa rata-rata pengedar masih belum mahu membuka bilik pameran dan sedang menunggu SOP yang disahkan oleh pihak berkuasa tempatan masing-masing.

Baca: Kilang kereta belum buka operasi hari ini walaupun diluluskan. Kenapa?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda