window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penunggang motosikal Yamaha 135LC patah tangan dilanggar kereta lawan arus!

Khairil ยท Jul 1, 2021 04:00 PM

Penunggang motosikal Yamaha 135LC patah tangan dilanggar kereta lawan arus! 01

Patah tangan kanan. Itu kecederaan yang dihadapi oleh seorang penunggang motosikal Yamaha 135LC selepas dia dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Axia yang melawan arus di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur, semalam.

Juga baca: Giliran Perodua Axia lawan arus

Memetik laporan Kosmo!, kereta berkenaan dipandu seorang lelaki warga emas dan dipercayai termasuk lorong yang salah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penunggang motosikal Yamaha 135LC patah tangan dilanggar kereta lawan arus! 01

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 pagi dan membabitkan sebuah kereta dan penunggang motosikal berusia 42 tahun.

“Pemandu kereta dari arah Jalan Pantai Permai memasuki laluan bertentangan dan memandu sejauh 100 hingga 150 meter sebelum bertembung dengan sebuah motosikal yang berada di lorong kanan.

Penunggang motosikal Yamaha 135LC patah tangan dilanggar kereta lawan arus! 02

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal berusia 42 tahun itu terjatuh di atas jalan raya dan mengalami kecederaan,” katanya.

Juga baca: Wanita pandu Honda Civic lawan arus di Johor Bahru sudah ditahan

Tambah Zulkefly, pemandu kereta yang bekerja sebagai penyelia pembersihan itu mendakwa tidak perasan telah memasuki jalan bertentangan dan hanya menyedarinya selepas kemalangan berlaku.

Penunggang motosikal Yamaha 135LC patah tangan dilanggar kereta lawan arus! 03

“Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal yang menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor itu pula patah tangan kanan dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan berhubung kejadian disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sebelum itu, tular rakaman video di media sosial menunjukkan keadaan sebuah kereta yang kemek di bahagian hadapan dan seorang lelaki terbaring di atas jalan raya yang didakwa berlaku di hadapan KL Gateway.

Penunggang motosikal Yamaha 135LC patah tangan dilanggar kereta lawan arus! 04

Imej Google Maps di kawasan kejadian

Jika kejadian berlaku di lokasi berkenaan, cukup untuk difikirkan tindakan individu melawan arus berkenaan kerana ia antara persimpangan paling sibuk di negara ini sekaligus mencetus amarah netizen.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda