window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pergerakan rentas negeri dibenarkan, bergantung pada status zon daerah dan negeri

Mersita · Nov 24, 2020 05:00 PM

Pergerakan rentas negeri dibenarkan, bergantung pada status zon daerah dan negeri 01

Petang-petang pasti ramai yang menunggu pengumuman rasmi dari Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang perkembangan SOP terbaru. Selain daripada kegembiraan ‘lock’ barang atas para, ramai juga yang menyambut baik kelonggaran SOP rentas negeri yang diumumkan baru-baru ini.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata 4 jenis pergerakan dibenarkan bermula 22 November 2020 di bawah SOP baharu. 4 jenis pergerakan ini ialah:

1. Rentas daerah dalam negeri hijau yang dibenarkan, tanpa perlu mendapatkan kebenaran/permit dari PDRM.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2. Rentas negeri antara negeri zon hijau, tanpa perlu mendapatkan kebenaran/permit dari PDRM.

3. Rentas negeri dari negeri zon hijau ke negeri zon hijau yang lain melalui negeri zon merah, dibenarkan tapi perlu mendapatkan kebenaran dari PDRM.

4. Rentas daerah/negeri dari negeri zon hijau ke daerah zon hijau di negeri zon merah, dibenarkan tapi perlu mendapatkan kebenaran dari PDRM.

Pergerakan rentas negeri dibenarkan, bergantung pada status zon daerah dan negeri 01

Perubahan SOP ini dipertimbangkan hasil permintaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang mencadangkan gelembung perjalanan domestik bagi merancakkan sedikit industri pelancongan di Malaysia yang nyata terjejas dengan teruk.

Dengan bantuan aplikasi My Sejahtera yang digunakan sebagai rujukan perjalanan antara zon-zon hijau dan merah ini, serta usaha dari pihak PDRM, kelonggaran SOP ini boleh dilaksanakan dengan baik.

Pergerakan rentas negeri dibenarkan, bergantung pada status zon daerah dan negeri 02

Jika ada yang hendak balik ke Pahang, contohnya, penganjuran majlis dan acara di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti di negeri itu boleh dijalankan. Tapi, SOP seperti penjarakan fizikal mesti dipatuhi pada setiap masa.

Bagi pelajar yang berada di kampus pula, Datuk Seri Ismail Sabri menyarankan pelajar di universiti awam supaya kekal berada di kampus memandangkan sesi kuliah masih berjalan setakat ini.

Selain dari itu, pergerakan lain seperti merentas negeri bagi pasangan berkahwin yang duduk berjauhan juga dibenarkan pada hujung minggu. Cuma singgah ke balai polis berhampiran untuk dapatkan kebenaran dan maklumat lanjut.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda