window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Permohonan maaf Prof Madya wanita yang tular memaki hamun dibuat oleh akaun palsu?

Haris ยท Feb 4, 2021 04:00 PM

Permohonan maaf Prof Madya wanita yang tular memaki hamun dibuat oleh akaun palsu? 01

Seorang wanita berstatus Prof Madya telah menerima kecaman hebat warganet baru-baru ini apabila videonya yang sedang memaki hamun pemandu lain sohor kini di media sosial.

Menurut rakaman dashcam oleh Fadzli Amin, pemandu kereta dari arah bertentangan, dia sekadar memandu mengikut keadaan lampu isyarat yang berwarna hijau tetapi wanita berkenaan telah membunyikan hon ketika cuba membuat pusingan U.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isu tersebut mengundang amarah wanita berstatus Prof Madya tersebut yang kemudian berhenti di sebelah Fadzli lalu menghamburkan kata-kata kesat kepada pemandu berkenaan sambil mendoakan supaya Fadzli dan rakannya “kena Covid” serta menunjukkan steteskop.

Permohonan maaf Prof Madya wanita yang tular memaki hamun dibuat oleh akaun palsu? 01

Akibatnya, pihak UPM telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berkenaan dengan isu tersebut yang membabitkan staf mereka. Dalam kenyataan terebut, UPM menegaskan bahawa tindakan wanita tersebut ‘tidak mencerminkan sahsiah dan etika yang diterapkan kepada warga UPM.’

Wanita berkenaan dilaporkan telah membuat repot polis dan Fadzli telah diarahkan untuk memberi keterangan di IPD Sepang.

Walaubagaimanapun, akibat daripada kejadian yang tular tersebut, beberapa pihak dilihat sedang menangguk di air yang keruh.

Permohonan maaf Prof Madya wanita yang tular memaki hamun dibuat oleh akaun palsu? 02

Terdapat beberapa akaun yang dipercayai palsu telah memaparkan gambar wanita berkenaan dan dilihat membuat kenyataan maaf dalam nada yang sedikit angkuh. Tentunya hal ini mengundang tanggapan yang belum dapat dipastikan terhadap wanita berkenaan walhal ia bukan kenyataan yang dilakukan olehnya.

Permohonan maaf Prof Madya wanita yang tular memaki hamun dibuat oleh akaun palsu? 03

Diharapkan agar semua pemandu jalanraya supaya berhemah dan tidak mengikut perasaan masing-masing, lebih lagi dalam dunia yang penuh dengan kamera sekarang.

Ambil iktibar dari lengchai yang tular dengan imej Apa Lanj*ao. Beliau berharap agar tiada pihak yang menggunakan imej tersebut namun usahanya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda