Perodua Myvi langgar sekatan jalan raya polis

Haris · Jan 18, 2021 01:00 PM

Perodua Myvi langgar sekatan jalan raya polis 01

Gambar hiasan

Polis telah menahan seorang pemandu Perodua Myvi yang telah merempuh sekatan jalan raya di Jalan Klang Lama, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, seorang lelaki berusia 40 tahun memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah melanggar papan tanda 'pemeriksaan polis' di SJR berkenaan pada jam 5.50 petang.

Perodua Myvi langgar sekatan jalan raya polis 02

Papan tanda yang dilanggar

Lelaki tersebut mengaku bahawa sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Hukuman bagi menggunakan telefon bimbit ketika memandu kini lebih berat dan terus ke mahkamah dan bukan lagi kompaun.

Perodua Myvi langgar sekatan jalan raya polis 03

Lelaki tersebut yang panik cuba meloloskan diri dengan melanggar sekatan jalan raya namun berjaya diberkas oleh pihak polis.

"Lelaki tersebut memberi alasan keluar rumah kerana membeli makanan di Taman Gembira di Jalan Klang Lama di sini," ujar Anuar.

Perodua Myvi langgar sekatan jalan raya polis 01

Gambar hiasan, Myvi melanggar MPV polis

Tiada sebarang rekod jenayah dan hasil saringan air kencing pemandu didapati negatif.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 kerana melanggar sekatan jalan raya," katanya.

Orang ramai diminta untuk berhati-hati ketika memandu kerana kecuaian akan membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Sumber: Sinar Harian

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru