window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peugeot Glenmarie 3S Centre baru dibuka di Shah Alam, pusat 3S pertama bawah Bermaz

Mersita ยท Mar 3, 2022 03:00 PM

Peugeot Glenmarie 3S Centre baru dibuka di Shah Alam, pusat 3S pertama bawah Bermaz 01

Bermaz Auto Alliance Sdn. Bhd. baru saja merasmikan pembukaan Pusat 3S flagship Peugeot pertamanya di Glenmarie. Pusat 3S baharu ini menggunapakai identiti jenama Peugeot yang baharu dan sebagai pusat 3S, fasilitinya merangkumi jualan (sales), servis (service), dan alat ganti (spare parts).

Sebahagian daripada kumpulan Bermaz Automotive, Bermaz Auto Alliance sedang dalam usaha untuk menawarkan pengalaman pemilikan terbaik bagi pelanggannya dengan fasiliti baharu ini. Bermaz Auto Alliance komited dalam membangunkan jenama Peugeot dan menyempurnakan pengalaman pemilikan dengan menyediakan bantuan selepas-jualan dan perkhidmatan berkaitan waranti kepada pelanggannya. Bantuan selepas-jualan juga disediakan untuk jenama Citroen dan DS di bawah kelolaan Stellantis Group.

Peugeot Glenmarie 3S Centre baru dibuka di Shah Alam, pusat 3S pertama bawah Bermaz 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Fasiliti servis baharu lagi moden ini telah direka untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik. Ia dilengkapi dengan 21 ruang servis dioperasikan oleh jurutera-jurutera terlatih dan berkebolehan yang sentiasa dikemaskini dengan pengetahuan pembangunan kenderaan terkini.

Pusat servis ini juga dilengkapi dengan peralatan sistem diagnostik dari pengilang yang terkini, berserta alatan penyelenggaraan bagi memastikan setiap kenderaan berada pada tahap prestasi optimum. Pelanggan juga diberi kemudahan untuk berehat dan menunggu dengan selesa, dilengkapi dengan makanan ringan dan ruang bekerja berserta WiFi.

Peugeot Glenmarie 3S Centre baru dibuka di Shah Alam, pusat 3S pertama bawah Bermaz 01

Pusat 3S flagship Peugeot terbaru di Glenmarie ini terletak di Lot.15, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park U1, 40150, Shah Alam, Selangor. Pusat servisnya beroperasi dari jam 8.00 am hingga 5.00 pm pada hari bekerja dan 8.00 am hingga 12.00 pm pada Sabtu.

Untuk menempah janji temu servis, pelanggan boleh menghubungi Pusat Servis di 03-5021 2300 (ext. 2402/2403). Pelanggan juga boleh mencari lokasi Peugeot 3S Flagship Centre di sini. Bagi pemilik kereta Peugeot, PEUGEOT Customer Portal boleh didapati di customer.peugeot.com.my untuk membuat temu janji servis secara atas-talian.

Peugeot Glenmarie 3S Centre baru dibuka di Shah Alam, pusat 3S pertama bawah Bermaz 02

Jika pemilik memerlukan bantuan tepi jalan, mereka juga boleh menghubungi bantuan tepi-jalan 24 jam Peugeot di 1-800-22-3399.

Akhir sekali, untuk pengalaman pemilikan yang lebih sempurna, anda boleh lawati https://baasb.com.my/Peugeot/index.html untuk mengemaskini maklumat anda. Semua maklumat akan disimpan dan dilindungi selari dengan undang-undang Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Malaysia. Maklumat yang diberi akan membolehkan sistem pihak syarikat memeriksa waranti, notifikasi panggil-semula, dan mempertingkatkan pengalaman pemilikan anda.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda