window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PKP 3.0: Pemantauan operasi kilang & perniagaan akan diketatkan, 90 kilang diarah tutup

Mersita ยท Jun 17, 2021 02:00 PM

PKP 3.0: Pemantauan operasi kilang & perniagaan akan diketatkan, 90 kilang diarah tutup 01

Majlis Keselamatan Negara (MKN) berulang kali mengeluarkan amaran supaya sektor pengilangan dan perniagaan yang jatuh dalam senarai tidak perlu (non-essential) ataupun yang diarah mengehadkan jumlah pekerja hadir ke tempat kerja supaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Penuh dilaksanakan.

Namun, masih banyak aduan yang diterima atas kesalahan ini. Susulan itu, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan yang pihak berkuasa akan meningkatkan lagi operasi pemantauan mereka bagi sektor-sektor ini menerusi satu sidang media semalam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari 1 – 14 Jun lalu, sebanyak 404 kilang telah diperiksa dan 90 daripadanya telah diarah tutup kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan. Pada 15 Jun pula, 1,428 pemeriksaan pematuhan harian telah dijalankan dan 22 kompaun dikenakan kepada premis-premis perniagaan yang gagal mematuhi SOP PKP 3.0.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah menjalankan sebanyak 597,252 pemeriksaan sejak 13 Mei lalu, dimana 414 kompaun telahpun dikeluarkan.

PKP 3.0: Pemantauan operasi kilang & perniagaan akan diketatkan, 90 kilang diarah tutup 01

Disamping itu, Datuk Seri Ismail juga memberitahu yang MKN telah menerima 266 aduan daripada pelbagai kementerian sejak 6 Jun. Perihal aduan paling banyak diterima melibatkan kesalahan tidak mematuhi had peratusan jumlah pekerja yang hadir ke premis pekerjaan (62 aduan), sektor tidak perlu/non-essential (50 aduan), dan ketidakpatuhan SOP (45 aduan).

PKP 3.0: Pemantauan operasi kilang & perniagaan akan diketatkan, 90 kilang diarah tutup 02

Gambar: Bernama

Beliau memberitahu aduan boleh dipanjangkan dengan menghubungi Malaysian Government Call Centre (MyGCC) melalui 7 saluran ini:

Call/SMS/IVR: 03-8000 8000 (7.30 am – 9.00 pm, setiap hari)

Email: 80008000@mygcc.gov.my

Chatbot Apps: SITI@MyGCC

Facebook: facebook.com/MyGCCMalaysia

Instagram: @MyGCCMalaysia

Twitter: twitter.com/MyGCCMalaysia

Portal: www.malaysia.gov.my

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda