window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PKP: Senarai sektor kilang & komersial diberi pra-kelulusan untuk Fasa 2 PPN

Mersita ยท Jun 28, 2021 01:00 PM

PKP: Senarai sektor kilang & komersial diberi pra-kelulusan untuk Fasa 2 PPN 01

Pihak kerajaan telah mengeluarkan senarai sektor perkilangan dan komersial yang diberi kelulusan awal untuk beroperasi apabila negara berjaya masuk ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kelak.

Dalam satu kenyataan dibuat semalam, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sejumlah 11 sektor akan dibenarkan beroperasi dalam Fasa 2 bersama-sama sektor perlu (essential) yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan waktu operasi bermula dari 8 am hingga 8 pm.

PKP: Senarai sektor kilang & komersial diberi pra-kelulusan untuk Fasa 2 PPN 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sektor dibawah kategori perkilangan yang diberi pra-kelulusan ini termasuklah:

  • Automotif (kenderaan/komponen)
  • Seramik
  • Getah
  • Simen
  • Keluli dan besi
  • Perabot (untuk tujuan ekspot)

PKP: Senarai sektor kilang & komersial diberi pra-kelulusan untuk Fasa 2 PPN 01

Sektor dibawah kategori komersial yang juga diberi pra-kelulusan untuk Fasa 2 termasuklah:

  • Kedai alat tulis dan buku
  • Komputer dan telekomunikasi
  • Peralatan elektrikal
  • Kedai cuci kereta
  • Salon gunting rambut

PKP: Senarai sektor kilang & komersial diberi pra-kelulusan untuk Fasa 2 PPN 02

Beliau berkata berdasarkan penilaian risiko dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan akan mengekalkan Fasa 1 PPN di seluruh negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam.

Keputusan ini mengambil kira situasi terkini dimana kita belum lagi berjaya beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2 memandangkan graf kes baharu harian kita menunjukkan trend yang melintang, katanya.

Baca juga: PKP tidak tamat esok, Fasa 2 belum dapat dicapai

PKP: Senarai sektor kilang & komersial diberi pra-kelulusan untuk Fasa 2 PPN 03

Rajah kes baharu harian COVID-19 di Malaysia setakat 27 Jun 2021

Antara prosedur operasi standard (SOP) yang akan dilaksanakan bagi Fasa 2 nanti termasuklah rentas negeri/daerah hanya untuk pelajar dan cikgu yang perlu menghadiri ujian serta pasangan suami isteri jarak-jauh untuk tujuan kecemasan.

Selain itu, aktiviti sukan tanpa sentuhan dan beberapa aktiviti rekreasi akan dibenarkan dalam Fasa 2 nanti. Namun, perubahan waktu operasi bagi restoran dan kedai-kedai makan yang dirancang untuk Fasa 2 kini sudah dilaksanakan bermula hari ini (28 Jun) – dengan waktu operasi bermula dari 6 am hingga 10 pm.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda