![Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar 'modular', bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam 01]()
Bagi anda yang belum tahu, Toyota Motor Thailand (TMT) sudah menjangkau usia 60 tahun dan sambutannya diketengahkan melalui topik platform IMV iaitu platform yang membentuk TMT sehingga ke hari ini.
![Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar 'modular', bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam 02]()
Secara teknikal, IMV bermaksud Innovative International Multi-purpose Vehicle dan ia telah menjadi asas buat tiga model terkenal di rantau ini. Yang pertama adalah platform IMV1 ke 3 iaitu untuk Toyota Hilux Single Cab, Space Cab dan Double Cab. Yang kedua adalah IMV4 (Toyota Fortuner) dan yang ketiga adalah IMV5 (Toyota Innova). Mengenai Innova, model baharunya telah menggantikan platform ini kepada arkitektur TNGA-C.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
![Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar 'modular', bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam 01]()
Dalam sambutan ulang tahun TMT yang ke-60, mereka telah mempamerkan kenderaan konsep IMV0. Perasmian ini bukan setakat mewakili budaya kenderaan yang ada pelbagai bentuk badan di Thailand, malah Toyota kiranya telah membawa teknologi modular ke tahap yang lebih atas.
Ini sebabnya.
![Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar 'modular', bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam 02]()
Dengan pendekatan “tiada satu saiz yang muat semua”, konsep IMV0 boleh dipadankan dengan beberapa bentuk badan dan memasangnya hanya memerlukan dua orang sahaja. Masa yang diambil pun takkan lebih 1 jam.
![Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar 'modular', bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam 03]()
Kiranya, kenderaan ini boleh dikonfigurasi mengikut keperluan yang hendak ditetapkan.
![Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar 'modular', bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam 04]()
![Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar 'modular', bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam 05]()
![Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar 'modular', bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam 06]()
Antaranya seperti untuk kenderaan keselamatan, trak makanan dan gerai jual bunga. Senang kata, ia boleh menyesuaikan dengan pelbagai jenis penggunaan.
![Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar 'modular', bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam 07]()
Menariknya, bahagian bamparnya ada tiga. Jadi kalau ada pelanggaran, pemilik hanya perlu menukar bahagian yang rosak, bukannya keseluruhan bampar. Teknologi ini dapat mengurangkan lagi kos pemilikan.
![Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar 'modular', bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam 08]()
Selain itu, Toyota turut memberitahu bahawa bahagian dalamnya juga modular, khusus untuk menyesuaikan dengan pelbagai tujuan.
![Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar 'modular', bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam 09]()
Dari segi trenkuasa, Toyota belum lagi mendedahkan sebarang maklumat kerana pelancarannya setahun lagi. Tetapi kalau dilihat pada portfolio Toyota sekarang, trenkuasa enjin dan versi elektrifikasi dijangka beransur pada trak pikap IMV0 ini.
Juga baca: Hilux dengan nadi elektrik? Toyota dedahkan Hilux Revo BEV Concept, trak pikap EV penuh!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen