Polis trafik selamba tengok penunggang motosikal langgar lampu merah?
Haris ยท Jun 22, 2021 04:30 PM
0
0
Seorang anggota polis trafik menerima perhatian warganet apabila dilihat tidak mengendahkan pesalah jalanraya yang melanggar lampu merah. Rakaman yang tular tersebut dikatakan berlaku di sebuah simpang jalanraya negeri Kelantan.
Ketika lampu isyarat berwarna merah, beberapa orang penunggang motosikal dilihat melanggar lampu isyarat merah tetapi tiada sebarang tindak balas daripada pihak polis tersebut. Lebih dahsyat lagi, beberapa penunggang motosikal dilihat meloloskan diri di sebelah polis trafik berkenaan dan melanggar lampu isyarat tanpa rasa hormat.
Beberapa warganet mempertahankan polis trafik berkenaan dan mendakwa bahawa motosikal peronda kini dilengkapi kamera. Hal ini memudahkan tugas penguatkuasaan kerana bukti lengkap bergambar adalah bukti yang kukuh untuk sabit kesalahan. Tambahan pula, jika dakwaan tersebut benar maka tidak perlu lagi polis trafik bersusah payah mengejar pesalah seperti zaman dahulu.
Motosikal yang digunakan oleh polis peronda tersebut dipercayai daripada Honda ST 1300. Tidak diketahui sama ada ia dilengkapi kamera, atau helmet dilengkapi kamera kerana berita sebelum ini menunjukkan model Kawasaki Ninja 300 yang digunakan oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) adalah model yang dilengkapi dengan kamera.
Pengguna jalanraya seharusnya tidak menuding jari. Dalam usaha meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya, tanggungjawab tidak seharusnya jatuh kepada pihak penguatkuasaan semata-mata. Pengguna jalanraya sendiri haruslah lebih bertanggungjawab ketika memandu atau menunggang dan bukannya hanya berharap kepada tindakan penguatkuasa sahaja.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.