window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Positif Covid-19, Lewis Hamilton terlepas GP Sakhir

Zamil Syaheer · Dec 1, 2020 07:41 PM

Positif Covid-19, Lewis Hamilton terlepas GP Sakhir 01

Juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton terlepas perlumbaan Grand Prix (GP) Sakhir di Bahrain, hujung minggu ini selepas diuji positif Covid-19. Perkembangan mendukacitakan itu disahkan oleh pasukannya, Mercedes AMG Petronas dalam satu kenyataan, hari ini.

Juara dunia tujuh kali termasuk musim ini itu diuji positif dijangkiti virus berkenaan selepas melakukan ujian wajib menjelang perlumbaan di Bahrain, minggu ini.

Positif Covid-19, Lewis Hamilton terlepas GP Sakhir 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Lewis diuji tiga kali minggu lalu dan keputusannya sentiasa negatif dengan yang terakhir adalah pada tengah hari Ahad di Litar Antarabangsa Bahrain yang juga sebahagian daripada program ujian standard perlumbaan hujung minggu ini," tulis kenyataan berkenaan.

"Tetapi apabila dia bangkit daripada tidur semalam dengan gejala ringan, dia dimaklumkan positif ketika tiba di Bahrain.

"Lewis kemudian melakukan satu lagi ujian dan keputusannya positif. Ia disahkan dengan ujian semula.

Positif Covid-19, Lewis Hamilton terlepas GP Sakhir 01

“Lewis kini menjalani proses kuarantin mengikut protokol dan garis panduan kesihatan awam membabitkan Covid-19 di Bahrain.

"Selain gejala ringan, keadaannya baik serta cergas dan seluruh pasukan mengucapkan yang terbaik dan semoga cepat sembuh kepadanya."

Mercedes berkata mereka akan mengumumkan pengganti kepada pelumba berusia 35 tahun itu dalam tempoh terdekat dengan pelumba ujian Mercedes, Stoffel Vandoorne disebut-sebut sebagai pengganti berpotensi.

Positif Covid-19, Lewis Hamilton terlepas GP Sakhir 02

Hamilton menjadi pelumba ketiga F1 diuji positif Covid-19 musim ini selepas Sergio Perez dan Lance Stroll.

Sebagai rekod, ini kali pertama dalam karier Hamilton dia terlepas perlumbaan F1 sejak penampilan pertamanya pada 2007.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda