window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Produksi Subaru WRX STI berakhir di Jepun - Sayonara enjin EJ20 'boxer'

Mersita · Jul 1, 2021 05:00 PM

Produksi Subaru WRX STI berakhir di Jepun - Sayonara enjin EJ20 'boxer' 01

Sedang Subaru of America seronok mengacah gambar Subaru WRX STI serba baharu yang akan tiba tak lama lagi, lain pula ceritanya di Negara Matahari Terbit.

Subaru Jepun telahpun mengumumkan yang produksi bagi WRX STI sudah dihentikan, dan ini bermaksud enjin ‘boxer’ EJ20-nya juga sudah tiba ke penghujungnya.

Produksi Subaru WRX STI berakhir di Jepun - Sayonara enjin EJ20 'boxer' 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

WRX STI masih lagi ada dalam senarai tawaran di laman sesawang Subaru Japan, oleh itu masih ada stok yang boleh direbut peminatnya sebelum ia kehabisan. Enjin ‘boxer’nya yang dikagumi ramai hanya boleh didapati di dalam WRX STI spesifikasi Jepun.

Produksi Subaru WRX STI berakhir di Jepun - Sayonara enjin EJ20 'boxer' 01

Enjin ‘boxer’ 2.0 liter yang ikonik ini pada mulanya diperkenalkan pada 1989 di dalam Legacy, dan ia telahpun mencapai tahap ‘lejen’ serta menjadi kegemaran ramai peminat. Namun kegemilangan enjin ini terpahat pada Impreza WRX yang bersaing dengan Mitsubishi Lancer Evo di World Rally Championship (WRC).

Baca juga: Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini?

Produksi Subaru WRX STI berakhir di Jepun - Sayonara enjin EJ20 'boxer' 02

Rim bertona keemasan, kemasan cat biru dan kuning – sangat ikonik

Kesudahannya, Subaru tampil juara dengan kemenangan ‘constructor title’ tiga kali berturut-turut antara 1995 dan 1997 – dikemudi oleh pemandunya, mendiang Colin McRae. Subaru World Rally Team juga berjaya menghabiskan perlumbaan dengan tiga pemandu juara iaitu McRae pada 1995, mendiang Richard Burns pada 2001, dan Petter Solberg pada 2003.

Produksi Subaru WRX STI berakhir di Jepun - Sayonara enjin EJ20 'boxer' 03

Kereta rally patuh undang-undang

Secara amnya, WRX dan EJ20 sudah sebati di hati peminat Subaru. Enjin tersebut dahulunya ditawarkan pada semua generasi WRX sehinggalah penghujung tahun 2019 apabila Subaru mengeluarkan 555 unit WRX STI EJ20 Final Edition di Jepun.

Produksi Subaru WRX STI berakhir di Jepun - Sayonara enjin EJ20 'boxer' 04

WRX STI yang kini di pasaran diperkenalkan pada 2014 dan ini bukanlah model pertama tanpa nama Impreza. Walaupun enjin EJ20 (308 PS/422 Nm) ditawarkan, ia boleh didapati hanya di Jepun. Model antarabangsa diberi enjin lebih besar iaitu EJ25 2.5 liter (310 PS/393 Nm).

Baca juga: Legenda Mitsubishi Lancer Evolution – 10 model, 4 kali juara rali dunia, kenapa ramai yang minat?

Produksi Subaru WRX STI berakhir di Jepun - Sayonara enjin EJ20 'boxer' 05

Memandangkan Subaru telah mengumumkan kedatangan WRX STI generasi baharu, ia kekal sebagai sebahagian daripada lagenda kereta berprestasi tinggi yang mampu-milik. Saingan utamanya iaitu Lancer Evo sudah ‘mati’ hampir sedekad lamanya dan kebanyakan pengilang kereta mengutamakan kecekapan minyak serta teknologi elektrik berbanding kuasa dan enjin pembakaran dalaman jenis lama.

Baca juga: Legenda rali kembali - Subaru WRX 2022 serba baru diacah, mana Lancer Evolution?

Produksi Subaru WRX STI berakhir di Jepun - Sayonara enjin EJ20 'boxer' 06

Walaupun tanpa enjin ‘boxer’ 2.0 liter yang ikonik, sekurang-kurangnya WRX STI masih bertahan untuk mempertahankan semangat prestasinya kepada peminat generasi baharu.

Baca juga: Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2017 Subaru WRX 2.0 CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda