window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Program kereta terpakai Hyundai Promise kini berada di SDAH Jln. Klang Lama!

Mersita Β· Jan 30, 2022 06:00 PM

Program kereta terpakai Hyundai Promise kini berada di SDAH Jln. Klang Lama! 01

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengembangkan operasi jualan Hyundai Promise Approved Used Car Programme (Hyundai Promise) di Sime Darby Auto Hyundai, Jalan Klang Lama, berikutan permintaan tinggi bagi kereta terpakai disahkan Hyundai.

Selain daripada pusat flagship-nya yang terletak di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam, pelanggan yang berhasrat untuk membeli kereta terpakai disahkan Hyundai kini boleh berkunjung ke Sime Darby Auto Hyundai, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Program kereta terpakai Hyundai Promise kini berada di SDAH Jln. Klang Lama! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, berkata, permintaan yang semakin meningkat untuk kereta terpakai dibawah Hyundai Promise selaras dengan perkembangan pasaran kereta terpakai di Malaysia. Tambahan pula, kadar pengambilan kereta terpakai Hyundai meningkat dengan pesat terutamanya untuk model yang diperkenalkan dalam masa lima tahun lalu.

En. Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM menambah yang pengembangan operasi jualan di Jln. Klang Lama adalah untuk memudahkan urusan pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan untuk menampung jumlah kereta terpakai disahkan yang semakin meningkat bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Program kereta terpakai Hyundai Promise kini berada di SDAH Jln. Klang Lama! 01

Katanya, mereka telah menyaksikan permintaan yang memberangsangkan untuk kereta terpakai disahkan. Dengan dua pusat ini iaitu satu di Shah Alam, Selangor dan satu lagi di Jln. Klang Lama, Kuala Lumpur, Hyundai Promise menawarkan lebih kemudahan bagi pelanggan dari segi kebolehcapaian, tambahnya lagi.

Sebagai info, model-model Hyundai terpakai yang dijual menerusi program Hyundai Promise didatangkan dengan alat ganti tulen dan enjin tulen. Proses pemeriksaan yang ketat dan menyeluruh dijalankan oleh juruteknik terlatih bagi memastikan semua kenderaan berada dalam keadaan optima dari segi elektronik dan mekanikal sebelum ia diluluskan serta disahkan. Kenderaan yang sudah disahkan juga bebas daripada sejarah kemalangan serius, oleh itu pelanggan Hyundai tidak perlu risau apabila membeli kenderaan-kenderaan ini.

Program kereta terpakai Hyundai Promise kini berada di SDAH Jln. Klang Lama! 02

Semua kenderaan yang telah lulus dan disahkan disertai dengan pelanjutan waranti selama dua hingga lima tahun, bergantung kepada usia serta jarak-tempuh (mileage) kenderaan berkenaan.

Semua kereta terpakai ini dilindungi dengan waranti pengilang dan pengedar serta khidmat bantuan tepi jalan 24 jam. Kedua-dua Pusat Hyundai Promise ini dibuka dari 9am hingga 5pm pada hari bekerja dan 9am hingga 12.30pm pada hari Sabtu. Ia ditutup pada Ahad.

Hyundai Promise Approved Used Car Programme dimiliki dan diuruskan oleh HSDM, dan disokong oleh Sime Darby Auto Hyundai bermula dari 1 Januari 2022.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda