window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pusat jualan, servis Perodua sudah kembali beroperasi, kereta pelanggan mula dihantar

Mersita · Aug 27, 2021 01:00 PM

Pusat jualan, servis Perodua sudah kembali beroperasi, kereta pelanggan mula dihantar 01

Berikutan keputusan membenarkan pembukaan semula industri automotif sejak 16 Ogos lalu, Perodua mula membuka semula operasi pusat jualan dan selepas jualan mereka termasuklah perniagaan badan kenderaan dan cat di seluruh negara.

Selain itu, penghantaran kenderaan kepada pelanggan juga sudah bermula secara berperingkat sejak minggu ini. Ini bermaksud pelanggan yang sudah lama menunggu kenderaan Perodua mereka yang tertangguh penghantarannya akan menerima kenderaan baharu mereka mengikut jadual seperti biasa.

Pusat jualan, servis Perodua sudah kembali beroperasi, kereta pelanggan mula dihantar 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelanggan sedia ada yang juga perlu menghantar kenderaan untuk dibaiki dan diselenggara di pusat-pusat servis Perodua di seluruh negara sudah boleh berbuat demikian.

Perodua dalam satu kenyataan berkata pembukaan semula pusat jualan dan selepas jualan ini adalah susulan penyambungan operasi kilang pembuatan kenderaannya di Rawang, Selangor baru-baru ini.

Pusat jualan, servis Perodua sudah kembali beroperasi, kereta pelanggan mula dihantar 01

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata mereka menjangkakan lebih banyak kenderaan Perodua akan dihasilkan dan didaftarkan dalam beberapa minggu yang akan datang.

“Kami berterima kasih kepada pelanggan atas kesabaran, kefahaman dan kesetiaan dalam menerima kenderaan mereka. Kami berharap dapat menghantar sebanyak mungkin pesanan yang ada dalam tahun ini," tambah beliau.

Pusat jualan, servis Perodua sudah kembali beroperasi, kereta pelanggan mula dihantar 02

Berkenaan prosedur operasi standard (SOP) dan tahap keselamatan pelanggan dan pekerja Perodua, syarikat itu mengulas walaupun kriteria tahap vaksinasi pekerjanya sudah dipenuhi, pelanggan masih perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan apabila berkunjung ke premis jualan dan selepas jualan mereka.

Garis panduan ini termasuklah keperluan vaksinasi lengkap, pemakaian pelitup muka, penetapan janji temu sebelum mengunjungi cawangan jualan dan/atau servis, serta pematuhan penjarakan sosial.

Pusat jualan, servis Perodua sudah kembali beroperasi, kereta pelanggan mula dihantar 03

Temu janji boleh dibuat menerusi aplikasi mudah-alih UFirst Perodua Passport yang boleh dimuatnaik secara percuma di peranti pintar. Pelanggan juga boleh mencari butiran seperti nombor telefon dan lokasi pusat jualan/servis Perodua yang sudah beroperasi dengan mudah menerusi aplikasi mudah-alih ini.

Di samping itu, pihak syarikat kereta tempatan itu sedang menilai kesan penutupan yang dikuatkuasakan pada 1 Jun 2021 terhadap operasi Perodua. Semakan sasaran bagi tahun ini akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda