window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rasmikan kilang bateri EV LG RM 43 bilion, Presiden Indonesia Jokowi naik EV Genesis G80!

Mersita Β· Jun 14, 2022 02:00 PM

Rasmikan kilang bateri EV LG RM 43 bilion, Presiden Indonesia Jokowi naik EV Genesis G80! 01

Pengilang bateri kenderaan elektrik Korea Selatan, LG Energy Solution, melangsungkan acara pecah tanah baru-baru ini bagi merasmikan pembangunan kilang pemprosesan nikel itu di Indonesia.

Kilang ini merupakan sebahagian daripada pelaburan LG yang berjumlah USD 9.8 billion (~RM 43.1 billion) dalam industri bateri elektrik berintegrasi di Batang Industrial Estate (KITB) di wilayah Jawa Tengah.

Rasmikan kilang bateri EV LG RM 43 bilion, Presiden Indonesia Jokowi naik EV Genesis G80! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai info, KITB adalah fasiliti pengindustrian pertama bagi jenisnya di Asia Tenggara, mengintegrasikan proses penghasilan dari hulu ke hilir bagi EV – termasuklah pelombongan nikel, kilang pencairan, kilang pendahulu, kilang katode, pembuatan bateri-bateri elektrik, pembuatan pek-pek bateri, pembuatan EV, dan juga industri kitar semula bateri.

Upacara pecah tanah estet pengindustrian itu, yang kini berada di fasa kedua pembangunannya, telah dirasmikan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).

"Total investasi tidak sedikit Rp 142 trilion, kalau didolarkan USD 9.8 bilion. Dan saya berasa senang yang ia akan mencipta peluang kerja kepada 20,000 orang. Ini jumlah yang bukan kecil, di mana-mana di dunia sekarang ini pembukaan lapangan kerja adalah kunci," katanya.

Rasmikan kilang bateri EV LG RM 43 bilion, Presiden Indonesia Jokowi naik EV Genesis G80! 01

Seperti ramai sudah sedia maklum, Indonesia mempunyai deposit nikel terbesar di dunia. Namun, negara itu telah mengharamkan eksport mineral tersebut yang diperlukan untuk pembuatan bateri. Sebaliknya, syarikat-syarikat asing dialu-alukan untuk melabur dalam penubuhan ekosistem bateri EV di Indonesia – mewujudkan lebih banyak peluang kerja untuk rakyatnya dan membawa nilai jauh lebih besar daripada sekadar mengeksport bahan mentah.

Padan dengan impiannya untuk mewujudkan ekosistem EV di negara itu, Jokowi menghadiri tapak pembangunan kilang berkenaan dengan menaiki Genesis Electrified G80 bernombor pendaftaran RI 1 (RI untuk ‘Republic of Indonesia). Armada Genesis Electrified G80 akan digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi G20 Bali Summit pada November nanti.

Juga baca: Hyundai ikrar bantu Indonesia bangunkan ekosistem EV, Genesis G80 EV jadi kereta rasmi KTT G20 Bali

Rasmikan kilang bateri EV LG RM 43 bilion, Presiden Indonesia Jokowi naik EV Genesis G80! 02

Presiden Jokowi dalam satu hantaran di Instagram rasminya, @Jokowi, berkata beliau berpeluang menaiki Genesis, kereta elektrik dari Hyundai. “Suaranya nyaris tidak ada,” nukilnya di ruang komen.

Bagi Jokowi, sokongan yang ditunjukkannya untuk sedan elektrik tulen keluaran jenama mewah Hyundai, Genesis, ini juga merupakan salah satu isyarat diplomatik kepada Korea.

“Minggu ini saya menghadiri peluncuran mobil listrik Hyundai IONIQ 5 menandai dimulainya produksi mobil listrik di Indonesia. Sementara mobil listrik Hyundai lainnya Genesis G80 akan menjadi mobil resmi KTT G20 sebagai showcase kerjasama RI-Korsel,” katanya kepada media Indonesia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda