window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sebastian Vettel umum gantung sut lumba F1 hujung musim 2022

Khairil ยท Jul 29, 2022 01:00 PM

Sebastian Vettel umum gantung sut lumba F1 hujung musim 2022 01

Tiada lagi kelibat juara dunia empat kali, Sebastian Vettel di trek perlumbaan berprestij, Formula Satu (F1) musim depan. Di usia 35 tahun, pelumba kelahiran Jerman itu akhirnya membuat keputusan untuk bersara sejurus musim ini berakhir.

Mengumumkan perkhabaran itu di laman Instagram miliknya menjelang GP Hungary, hujung minggu ini, keputusan Vettel itu diikuti oleh kenyataan rasmi keluarkan oleh pasukannya, Aston Martin.

Sebastian Vettel umum gantung sut lumba F1 hujung musim 2022 02

Sebastian Vettel

Ketiadaan Vettel di grid perlumbaan F1 menyaksikan pasukannya perlu mencari pengganti untuk bergandingan dengan Lance Stroll tahun depan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Keputusan untuk bersara adalah salah satu keputusan paling sukar untuk saya ambil, dan saya mengambil banyak masa untuk memikirkannya," kata Vettel.

Sebastian Vettel umum gantung sut lumba F1 hujung musim 2022 01

"Pada penghujung tahun, saya mahu mengambil lebih masa untuk melihat apa yang ingin saya fokuskan selepas ini, dan jelas bagi saya adalah menjadi bapa, saya mahu menghabiskan lebih masa bersama keluarga saya.

"Tetapi ini bukannya ucapan selamat tinggal. Tetapi lebih kepada untuk mengucapkan terima kasih, kepada semua orang, terutama kepada peminat, tanpa sokongan padu mereka, F1 tidak akan wujud."

Sebastian Vettel umum gantung sut lumba F1 hujung musim 2022 02

Membuat debut di F1 pada musim 2007 di GP Amerika Syarikat bersama BMW, Vettel menjadi pelumba sepenuh masa F1 dengan menyertai pasukan Toro Rosso setahun kemudian. 

Sebastian Vettel umum gantung sut lumba F1 hujung musim 2022 03

Sumber imej: Morio - Wikipedia

Dia menjadi pemenang F1 pertama pada 2008 bersama pasukan itu sebelum menyertai Red Bull pada musim berikutnya dan berada di puncak dengan memenangi kejuaraan dunia F1 secara berturut-turut bermula pada tahun 2010 hingga 2013.

Vettel kemudian menyertao Ferrari pada 2015 dan bersaing merebut kejuaraan dunia pada musim 2017 dan 2018 tetapi tewas kepada pelumba Mercedes, Lewis Hamilton.

Sebastian Vettel umum gantung sut lumba F1 hujung musim 2022 04

Sumber imej: Andrew Griffith - Wikipedia

Kariernya di Maranello berakhir pada penghujung 2020 untuk menyertai Aston Martin hingga kini.

Sumber imej: FB Aston Martin F1

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda