window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selesaikan saman tanpa perlu hadir ke mahkamah, Sistem e-PG akan diperluas

Mersita ยท Nov 23, 2021 03:00 PM

Selesaikan saman tanpa perlu hadir ke mahkamah, Sistem e-PG akan diperluas 01

Sumber foto

Sistem Pengakuan Salah Kes Saman Trafik Secara Dalam Talian (Sistem e-PG) kini akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia bagi memudahkan orang kena saman (OKS) untuk membuat pengakuan salah melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

Ini bermaksud semua pengguna jalan raya yang mempunyai kes saman yang didaftarkan ke mahkamah boleh menyelesaikan saman mereka tanpa perlu hadir ke mahkamah. Terdahulu, Sistem e-PG telah dilancarkan secara rintis di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, dan Negeri Sembilan bermula 1 April lalu.

Menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Sistem e-PG akan diperluas ke mahkamah-mahkamah di beberapa negeri mengikut fasa. Mahkamah-mahkamah Majistret berikut akan melaksanakan sistem ini mengikut tarikh masing-masing iaitu:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Johor: 25 November 2021

Melaka dan Pahang: 2 Disember 2021

Perak: 9 Disember 2021

Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis: 16 Disember 2021

Terengganu dan Kelantan: 23 Disember 2021

Selesaikan saman tanpa perlu hadir ke mahkamah, Sistem e-PG akan diperluas 01

Jika anda mempunyai saman yang didaftarkan ke mahkamah-mahkamah di atas, anda boleh mengakses Sistem e-PG di https://ecourt.kehakiman.gov.my pada tarikh sebutan pertama kes.

Semakan pula boleh dibuat di https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/CauseList. Cuma masukkan lokasi mahkamah yang perlu dihadiri dan tarikh sebutan kes.

Bagi mendapatkan maklumat tentang tatacara prosiding dan penggunaan Sistem e-PG dengan lebih lanjut, layari portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia (pautan di sini) atau hantarkan emel ke ecourts.helpdesk@omesti.com atau hubungi talian 03-2733 1313.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda