SIC buka 'pintu' kepada peminat berbasikal, larian

Khairil · Jan 8, 2021 03:00 PM

Shafriman berkata, selain aktiviti berkenaan dapat 'merakyatkan' SIC, ia juga menjadi antara usaha litar terkemuka negara itu untuk mempelbagaikan pendapatannya agar terus bertahan semasa pandemik Covid-19.

Sebagai rekod, sukan permotoran tempatan antara industri yang terjejas teruk berikutan penularan pandemik berkenaan.

SIC buka 'pintu' kepada peminat berbasikal, larian 01

"Kira-kira 80 hingga 90 peratus perniagaan kami diperoleh melalui sewaan trek dan bahagian lain ialah acara antarabangsa.

"Apabila saya memasuki (bidang ini), saya lihat banyak perniagaan yang kita tidak manfaatkan lagi, sebagai contoh sekarang berbasikal amat diminati, mengapa kita tidak gunakan litar ini untuk kegunaan semua.

"Lebih banyak acara di SIC dengan prosedur operasi standard (SOP) jadi sesiapa sahaja boleh berbasikal dengan selamat di sini. Saya ingin membuka SIC untuk lebih ramai orang... dipanggil merakyatkan SIC…

SIC buka 'pintu' kepada peminat berbasikal, larian 02

"Bukan sahaja datang untuk menonton perlumbaan, tetapi juga untuk acara lain," katanya pada webinar Steering and Marshalling the Motorsports Industry into 2021 anjuran Richard Wee Chambers.

Shafriman berkata, tempoh menabar ini dilihat sebagai peluang baik untuk memula dan menetapkan semula SIC sebagai satu jenama.

SIC buka 'pintu' kepada peminat berbasikal, larian 03

Justeru, dia bersedia untuk merebut peluang berkenaan apabila pasaran beralih ke arah SIC dalam kebiasaan baharu.

Selain itu, memandangkan pemerolehan penajaan dijangka sukar pada 2021, Shafriman berkata sektor korporat masih boleh menyokong sektor permotoran menerusi penajaan dalam bentuk lain berbanding sumbangan dana.

Sumber berita: Bernama

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru