window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Singapura dah arah 30 kenderaan patah balik, kurang 3/4 minyak dalam tangki tak boleh masuk Malaysia!

Haris · Apr 4, 2022 08:00 PM

Singapura dah arah 30 kenderaan patah balik, kurang 3/4 minyak dalam tangki tak boleh masuk Malaysia! 01

Bukan semua tetapi hanya segelintir sahaja rakyat Singapura yang mengambil peluang mengisi minyak bersubsidi di Malaysia. Sikap segelintir rakyat Singapura ini sememangnya memalukan namun Singapura juga menegaskan bahawa mereka telah mengambil langkah untuk menghalang pihak yang tidak bertanggungjawab ini daripada merentasi sempadan Tambak Johor.

Menurut laporan daripada MediaCorp.Sg, sehingga 30 buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik sebelum memasuki Malaysia pada dua hari pertama laluan darat Singapura-Malaysia dibuka semula.

Hal ini kerana kenderaan-kenderaan yang berdaftar di Singapura tidak dibenarkan untuk menuju ke Malaysia sekiranya terdapat kurang daripada tiga suku minyak petrol di dalam tangki.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Singapura dah arah 30 kenderaan patah balik, kurang 3/4 minyak dalam tangki tak boleh masuk Malaysia! 01

Berita panas minggu ini

Tambah Mediacorp lagi, tinjauan mereka turut mendapati bahawa walaupun peraturan telah dibuat, hanya segelintir sahaja penduduk Singapura yang melanggar peraturan tersebut.

Keadaan pada hari minggu kelihatan lengang di stesen minyak Marsailing, Singapura yang menjadi perhentian terakhir bagi para pemandu yang perlu mengisi minyak untuk mematuhi syarat tiga suku tangki sebelum merentasi Tambak Johor.

Tambah mereka lagi, lebih ramai rakyat Singapura yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum memulakan perjalanan merentasi sempadan.

Baca: Gelagat 'jelik' rakyat Singapura isi minyak di Malaysia jadi bualan, siap guna 'jack'!

Singapura dah arah 30 kenderaan patah balik, kurang 3/4 minyak dalam tangki tak boleh masuk Malaysia! 02

Selain itu, rakyat Singapura juga prihatin dengan proses yang perlu dijalani, seperti penggunaan Autopass, aplikasi MySejahtera di Malaysia dan Kad Ketibaan untuk kembali ke Singapura.

Harga minyak dunia yang semakin meningkat di samping tukaran mata wang Ringgit yang lebih lemah adalah punca utama mengapa kebanyakan rakyat Singapura dilaporkan 'mencuri' mengisi minyak di Malaysia.

Walaubagaimanapun, perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974) yang memperlihatkan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk individu.

Baca: Diingatkan, marah pula! Rakyat Singapura dikecam beli RON 95, apa respon netizen ‘seberang’?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda