window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SJR di tol masih berkuatkuasa, hanya SJR di Lebuhraya Persekutuan dan NPE ditutup

Haris ยท Sep 10, 2021 04:00 PM

SJR di tol masih berkuatkuasa, hanya SJR di Lebuhraya Persekutuan dan NPE ditutup 01

Pengumuman kebenaran rentas daerah yang bermula hari ini disambut baik oleh ramai pihak. Terbaru, pihak polis telah mengesahkan bahawa beberapa SJR telah ditutup namun bukan semua SJR di lembah Klang akan ditutup.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua SJR yang ditutup itu adalah Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram yang terletak di bawah laluan Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SJR di tol masih berkuatkuasa, hanya SJR di Lebuhraya Persekutuan dan NPE ditutup 01

Foto oleh Darren Soh, 10 Sept 2021 jam sekitar 10 pagi

Beliau menambah, beberapa lokasi SJR akan diteruskan iaitu Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang.

"Polis Daerah Petaling Jaya ingin menasihatkan orang ramai supaya terus sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PPN Fasa 2.

SJR di tol masih berkuatkuasa, hanya SJR di Lebuhraya Persekutuan dan NPE ditutup 02

Pemandangan ketika SJR dilakukan

"Orang ramai juga diingatkan tidak terlalu leka dengan beberapa pengumuman kelonggaran yang diberi sehingga mengabaikan SOP dalam mengawal dan mencegah pandemik Covid-19 ini," katanya dalam satu kenyataan malam semalam.

Tinjauan mendapati bahawa terdapat 2 SJR di NPE. Satu lagi SJR di NPE menghala ke Bangsar juga didapati ditutup.

SJR di tol masih berkuatkuasa, hanya SJR di Lebuhraya Persekutuan dan NPE ditutup 03

Tinjauan tahun 2020

Kebenaran rentas negeri di Lembah Klang membuka beberapa sekatan perjalanan yang telah dikuatkuasakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dahulu. Di samping itu, Malaysia kini dalam perjalanan menuju ke fasa endemik di mana lebih banyak sektor ekonomi dijangka akan dibuka.

Baca: 4,893 kenderaan dipaksa berpatah balik, tindakan tegas di SJR beri harapan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda