window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SMH Rail cipta lokomotif elektrik diesel PERTAMA buatan Malaysia, pecah rekod tempatan!

Faisal · Nov 2, 2021 12:00 PM

SMH Rail cipta lokomotif elektrik diesel PERTAMA buatan Malaysia, pecah rekod tempatan! 01

Lokomotif elektrik diesel pertama buatan Malaysia, H10 Series yang dicipta oleh pengeluar dan penyelia perkhidmatan penyelenggaraan kereta api, SMG Rail Sdn Bhd kini bersedia untuk diserahkan kepada Tanzania Railways Corporation (TRC).

Menariknya, hasil ciptaan ini berjaya meletakkan mereka dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Lokomotif Buatan Tempatan Pertama untuk Dieskport’.

SMH Rail cipta lokomotif elektrik diesel PERTAMA buatan Malaysia, pecah rekod tempatan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Pengerusi dan Pegarah Urusan SMH Rail, penyerahan kepada Meteri Kerja Raya dan Pengangkutan Tanzania kelak akan mengiktirafkan keupayaan mereka sebagai pengeluar tempatan pertama yang mengeksport lokomotif ke pasaran global. Kalau anda nak tahu, SMH Rail beroperasi di Rasa, Hulu Selangor dan mempunyai beberapa operasi serantau di pasaran serata dunia.

Untuk makluman anda, lokomotif itu bakal diguna oleh pengendali pengangkutan kereta api Afrika untuk meningkatkan industri kargo rel di sana. TRC pula adalah pelanggan pertamanya.

SMH Rail cipta lokomotif elektrik diesel PERTAMA buatan Malaysia, pecah rekod tempatan! 01

Mengenai penghasilan lokomotif H10 Series, ia dicapai melalui perkongsian dengan semua pihak termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan. Untuk pengetahuan anda, 60% daripada pembuatannya dihasilkan oleh kepakaran dan kemudahan tempatan.

Lokomotif ini juga mematuhi piawaian Kesatuan Antarabangsa Keretapi (UIC) yang mana ia direka untuk muatan berat dan perkhidmatan jarak jauh tanpa gangguan. Malah, ia bertepatan dengan falsafah syarikat SMH Rail yang teguh dengan slogan ‘Towards Green Mobility’.

SMH Rail cipta lokomotif elektrik diesel PERTAMA buatan Malaysia, pecah rekod tempatan! 02

Antara ciri utama yang ada ialah keupayaan beroperasi dalam cuaca yang melampau dan sistem pemantauan diagnostik jarak jauh untuk maklumat real-time kepada pengendali rel. Teknologi ini secara tidak langsung membolehkan pengendali memantau prestasi dan keadaan termasuk kelajuan, keperluan penyenggaraan, penggunaan bahan api dan pemberitahuan ralat.

Di samping itu, lokomotif ini juga mempunyai sistem analisis data yang mana ia boleh mengesan pengendalian yang cuai.

Sumber: BH Online

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda