window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Stellantis adalah pemilik baru kilang Naza di Gurun, Peugeot 2008 CKD Malaysia bakal hadir!

Haris ยท Nov 1, 2021 06:00 PM

Stellantis adalah pemilik baru kilang Naza di Gurun, Peugeot 2008 CKD Malaysia bakal hadir! 01

Syarikat induk Peugeot dan Citroen, Stellantis Group, telah memperolehi pemilikan sepenuhnya kilang pemasangan kenderaan Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah.

Stellantis adalah pemilik baru kilang Naza di Gurun, Peugeot 2008 CKD Malaysia bakal hadir! 02

Menurut kenyataan media dari Stellantis, langkah ini menandakan peristiwa penting bagi kumpulan itu di rantau Asia Tenggara (ASEAN) dan mereka mempunyai rancangan untuk melabur dan "mengembangkan perniagaan dengan lebih dramatik". Bekas kilang pemasangan Naza ini juga akan berfungsi sebagai hab serantau Stellantis di ASEAN.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Stellantis adalah pemilik baru kilang Naza di Gurun, Peugeot 2008 CKD Malaysia bakal hadir! 01

"Stellantis amat komited untuk mengembangkan kehadiran kami di ASEAN, dengan pengambil alihan pemilikan dan tanggungjawab sepenuhnya ke atas kilang di Gurun, Kedah. Langkah ini sangat penting ke arah mengukuhkan operasi, output pengeluaran dan tenaga kerja kami di rantau ini," ujar Christophe Musy, naib presiden kanan Stellantis dan pengedar am di ASEAN.

Baca: Diimport dari Malaysia, Peugeot 3008 dan 5008 facelift bakal dilancarkan di Indonesia pada Okt 2021

Stellantis adalah pemilik baru kilang Naza di Gurun, Peugeot 2008 CKD Malaysia bakal hadir! 02

Peugeot 3008

Beliau turut menambah, “Kami mempunyai strategi pertumbuhan yang bercita-cita tinggi dan akan membolehkan kami membina pengeluaran seperti kapasisti sedia ada di Gurun, serta memperluaskan capaian jenama dan model di dalam portfolio Stellantis yang dibina di ASEAN untuk ASEAN. Ini adalah satu anjakan yang sangat menarik.”

Stellantis adalah pemilik baru kilang Naza di Gurun, Peugeot 2008 CKD Malaysia bakal hadir! 03

Pengeluaran awal dari kilang itu untuk tahun ini adalah Peugeot 3008 dan 5008 facelift – kedua-duanya telah dilancarkan di Indonesia dan Thailand, dengan Malaysia menjadi pasaran seterusnya untuk menerima SUV tersebut.

Bukan itu sahaja - Stellantis juga akan memulakan pengeluaran Peugeot 2008 generasi kedua lewat bulan November 2021 ini.

Baca: Kilang Naza di Gurun, Kedah bakal bertukar tangan?

Stellantis adalah pemilik baru kilang Naza di Gurun, Peugeot 2008 CKD Malaysia bakal hadir! 04

Tambahan pula, Musy turut berkata, “Kumpulan ini telah menyaksikan peningkatan permintaan untuk model Peugeot di rantau ini walaupun berdepan pandemik, dan pengeluaran di kilang itu kini telah kembali ke tahap pra-pandemik, dengan kapasiti yang dipertingkat untuk baki tahun 2021 bagi kembali mewujudkan aliran kenderaan ke Malaysia, Thailand, Filipina dan pasaran ASEAN yang lain.”

Baca: PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia?

"Kami akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk meningkatkan kapasiti kilang sehingga 40% untuk memenuhi permintaan, dan ini digabungkan dengan pelan produk kami yang kukuh dan keazaman untuk mencapai standard tertinggi dalam kualiti dan keselamatan, yang telah kami sasarkan untuk kejayaan besar di Malaysia," tambah beliau.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda