window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia?

Faisal Β· Jul 14, 2021 12:00 PM

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia? 01

Ibu pejabat Group PSA (PSA Groupe dalam bahasa Perancis) buat rantau Asia Tenggara yang ada di Petaling Jaya, Malaysia tidak lama lagi akan mengambil peranan tambahan yang mana mereka akan menguruskan kumpulan Stellantis.

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia? 02

Jangan haraplah. Dodge Challenger tiada versi pandu belah kanan.

Pengembangan ini berkait rapat dengan gabungan Group PSA dan Fiat Chrysler Automobiles yang telahpun membentuk sebuah entiti yang dinamakan sebagai Stellantis.

Sejak Januari 2021, Peugeot S.A. (“Group PSA”) dan Fiat Chrysler Automobiles N.V. (“FCA”) telah digabungkan menjadi entiti solo yang dinamakan sebagai Stellantis N.V.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia? 01

Didaftarkan di Belanda, kumpulan dengan 16 jenama itu kini merangumi pengeluar seperti Alfa Romeo, Lancia, Maserati, Fiat, Chrysler, Jeep, Citroen, DS, Peugeot, dan juga Opel (Vauxhall).

Buat masa ini, pejabat rantau Asia Pacifik FCA terletak di Shanghai. Melalui gabungan tersebut, syarikat itu dijangka menyusun semula dan mengugurkan peranan berulang yang ada dalam rantau tersebut.

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia? 02

Apapun, Stellantis belum membuat sebarang pengumuman tetapi sumber memberitahu kami bahawa pusat latihan serantau buat PSA Group yang ada di Petaling Jaya akan mengambil alih beberapa peranan daripada pejabat FCA di Shanghai.

Kami turut difahamkan bahawa Stellantis sedang giat mencari pengurusan yang berbakat untuk menyandang posisi baru yang diperlukan pada tahap serantau.

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia? 03

Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk kami katakan bahawa pejabat di Petaling Jaya (agak kecil) akan mengganti pejabat FCA di Shanghai.

Buat masa sekarang, pejabat Group PSA di Petaling Jaya hanya menguruskan bahagian Asia Tenggara. Pejabat FCA di Shanghai pula mentadbir untuk rantau Asia Pasifik yang mana ia merangkumi negara India, Jepun, Korea, Australia, dan juga New Zealand.

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia? 04

Di Malaysia, satu-satunya jenama FCA yang aktif ialah Maserati, Itupun di bawah edaran Naza Italia.

Jeep yang diedarkan oleh TAHB Automotive pun ada tetapi hubungannya bersama FCA agak keruh kerana TAHB adalah pengimport kereta recond (syarikat yang agak besar).

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia? 05

Tambahan pula, TAHB tidak mengoperasikan bilik pameran Jeep langsung. Malah, syarikat itu hanya mengelarkan diri mereka sebagai ‘pakar Jeep’, bukannya pengedar Jeep yang sah. Menariknya, model Jeep yang dijual oleh mereka adalah baru, bukannya unit recond.

Untuk maklumat anda, jenama Jeep juga ada di Indonesia yang mana ia diedar oleh PT DAS Indonesia Motor. Uniknya, pengedar Mercedes-Benz di Filipina iaitu Auto Nation Group turut menjadi wakil jualan buat Jeep dan Ram.

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia? 06

Selain itu, Maserati juga ada di Thailand (MGC Asia). Alfa Romeo pula hanya aktif di Singapura (EuroAutomobile Pte. Ltd.)

Bagaimana pula dengan Ferrari? Sejak tahun 2016, mereka sudahpun beroperasi secara solo setelah lama berada dengan Maserati di bawah Fiat. Kalau anda nak tahu, ia disenaraikan di New York Stock Exchange dengan penanda yang diberi nama ‘RACE’.

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia? 07

Di samping itu, jenama dalam naungan FCA turut ada di Brunei tetapi pasaran itu terlalu kecil untuk diperincikan – hanya 10,000 kereta setiap tahun, 7x ganda kurang daripada Singapura (sebelum wabak Covid-19).

Mengenai Group PSA sendiri, Peugeot diwakilkan oleh Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) milik Bermaz iaitu pengedar Mazda.

Juga bacaBerjaya jual pegangan saham Peugeot bernilai RM 6.67 juta, BAASB kini anak syarikat milik Bermaz

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia? 08

Citroen dan DS Automobiles pula tidak begitu aktif tetapi BAASB turut menjadi pembekal khidmat selepas jualan buat kedua-dua jenama tersebut.

Buat masa ini, PSA Group mempunyai sebuah kilang pemasangan kenderaan di Gurun yang mana ia menghasilkan Peugeot 3008 dan Peugeot 5008. Kedua-dua model ini turut dieksport ke Thailand.

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia? 09

Jadi, adakah kita akan melihat Alfa Romeo ataupun Jeep kembali dengan sokongan yang lebih menyeluruh? Jawapannya mungkin tidak.

Untuk pengetahuan anda, keadaan pasaran di Malaysia (hampir 60 peratus dikuasai oleh jenama nasional Proton dan Perodua) tidak berapa ideal untuk dilaburkan oleh jenama baru.

PSA Group ingin berkembang, Stellantis bakal tubuhkan pejabat serantau di Malaysia? 10

Oleh itu, pembangunan ini berkemungkinan terhad kepada FCA, penubuhan Stellantis ataupun mengembangkan pejabat pengurusan serantau untuk membekalkan jualan, pemasaran, dan sokongan selepas jualan buat negara-negara di Asia Pasifik.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda