window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Inilah usaha Stellantis di kilang Gurun untuk bagi kereta Peugeot tahan lasak di benua kita

Faisal Β· Jun 14, 2022 09:00 AM

Video: Inilah usaha Stellantis di kilang Gurun untuk bagi kereta Peugeot tahan lasak di benua kita 01

Bagi anda yang belum tahu, Stellantis, iaitu pengedar Peugeot di Malaysia sekarang telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menyesuaikan kereta Peugeot yang dipasang lokal (CKD) di Gurun, Kedah dengan permintaan dan syarat di pasaran ini.

Sejujurnya, pengedar Peugeot sebelum ini tidak begitu meyakinkan dalam memberi perkhidmatan kepada pemilik mahupun pelanggan.

Juga bacaPeugeot Glenmarie 3S Centre baru dibuka di Shah Alam, pusat 3S pertama bawah Bermaz

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Stellantis pula percaya bahawa kalau nak buat sampai jadi, kenalah usaha dengan sendiri. Inilah sebab disebalik mereka beli kilang di Gurun untuk pengurusan operasi CKD Peugeot.

Juga bacaStellantis adalah pemilik baru kilang Naza di Gurun, Peugeot 2008 CKD Malaysia bakal hadir!

Dalam video ini, anda akan lihat betapa banyaknya fokus yang diletakkan pada kualiti binaan dan ujian ketahanan bagi memastikan “setiap Peugeot dapat berentap di kelas teratas dalam pasarannya”.

Video: Inilah usaha Stellantis di kilang Gurun untuk bagi kereta Peugeot tahan lasak di benua kita 01

Untuk makluman anda, keadaan jalan dan cuaca tropikal yang mencabar di Malaysia betul-betul menguji keupayaan sesuatu kenderaan. Malah, pengguna di pasaran kita juga lebih cerewet. Inilah sebab kenapa Stellantis menguji kereta-kereta mereka di sini.

SUV Peugeot seperti 3008 dan 5008 misalnya telah diuji sehingga 300,000 km. SUV kompak Peugeot 2008 pula mencecah 200,000 km, semata-mata untuk menilai ketahanan masing-masing.

Video: Inilah usaha Stellantis di kilang Gurun untuk bagi kereta Peugeot tahan lasak di benua kita 02

Di samping itu, data dan rumusan berdasarkan ujian yang dibuat di Malaysia akan dikumpul dan dianalisis oleh standard pemasangan global Stellantis. Secara tidak langsung, pembangunan model-model Peugeot yang ada di pasaran lain sebenarnya merujuk kepada ujian yang dibuat di Malaysia.

Bercakap mengenai pasaran, kilang di Gurun kini memasang SUV seperti 2008, 3008 dan 5008 dan ketiga-tiga model ini turut dieksport ke Indonesia, Thailand, Myanmar, Filipina dan Kemboja.

Juga bacaTuah Mazda, Peugeot & Kia, Bermaz Auto untung RM 40.7 juta, lonjak 23% berbanding Q3 2021

Video: Inilah usaha Stellantis di kilang Gurun untuk bagi kereta Peugeot tahan lasak di benua kita 03

Secara teknikal, kilang ini dalam kapasiti maksimum boleh menghasilkan sehingga 70,000 kenderaan setiap tahun.

Jadi, betul lah cogan kata yang mereka sering ketengahkan iaitu “Peugeot, dibina di Asean untuk Asean”.

Juga bacaKereta Peugeot di Malaysia kini dengan waranti & 'maintenance' percuma selama 5 tahun!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Peugeot 2008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda