window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diimport dari Malaysia, Peugeot 3008 dan 5008 facelift bakal dilancarkan di Indonesia pada Okt 2021

Haris Β· Sep 21, 2021 08:00 PM

Diimport dari Malaysia, Peugeot 3008 dan 5008 facelift bakal dilancarkan di Indonesia pada Okt 2021 01

Walaupun Peugeot berada di bawah pengedar baru Malaysia dengan bantuan Bermaz Auto (BAuto), perancangannya untuk menghidupkan kembali jenama Singa Perancis dilihat kurang menjadi akibat daripada penutupan ekonomi selama berbulan-bulan.

Oleh yang demikian, negara jiran kita pula dilaporkan akan menerima model facelift lebih awal. Di samping itu, model-model facelift ini akan diimport dari Malaysia.

Diimport dari Malaysia, Peugeot 3008 dan 5008 facelift bakal dilancarkan di Indonesia pada Okt 2021 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Responden Wapcar di Indonesia iaitu AutoFun Id telah melaporkan bahawa duo SUV Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 facelift akan dilancarkan di kepulauan tersebut pada Oktober 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Astra Peugeot Indonesia, Rocky Irvayandi, memberitahu media di sana bahawa mereka kini menjangkakan bahawa unit facelift tersebut yang akan tiba dari Malaysia.

Baca: Berjaya jual pegangan saham Peugeot bernilai RM 6.67 juta, BAASB kini anak syarikat milik Bermaz

Astra Peugeot Indonesia yang merupakan pengedar kenderaan Peugeot di Nusantara telah memuat naik beberapa imej acah di saluran media sosial. Beberapa hari kebelakangan ini, halaman Facebook Peugeot Indonesia dipenuhi dengan gambar Peugeot 3008 facelift, memberi petanda bahawa model tersebut akan tiba tak lama lagi.

Diimport dari Malaysia, Peugeot 3008 dan 5008 facelift bakal dilancarkan di Indonesia pada Okt 2021 01

Peugeot 3008 5-tempat duduk (atas) dan Peugeot 5008 7-tempat duduk (bawah)

Selain Indonesia, Peugeot 3008 facelift juga dijangka akan diluncurkan di Thailand lebih awal. Menurut maklumat yang dikumpulkan oleh rakan-rakan kami di AutoFun Thailand, SUV ini dijangka akan dilancarkan pada akhir bulan September 2021.

Malaysia akan menjadi hub pengeluaran Peugeot kerana model 3008 pasaran Thailand dan Indonesia, kedua-duanya diimport dari Malaysia.

Diimport dari Malaysia, Peugeot 3008 dan 5008 facelift bakal dilancarkan di Indonesia pada Okt 2021 02

Peugeot 3008 dan 5008 sekarang, di luar bilik pameran Peugeot Indonesia

Kedua-dua pengedar Peugeot di Indonesia dan Thailand hanya menawarkan dua model dalam barisan mereka, iaitu Peugeot 3008 dan Peugeot 5008. Kedua-dua model sekarang juga diimport dari Malaysia, dibuat di kilang pemasangan Gurun, Kedah.

Baca: Peugeot 2008 CKD 2021 serba baru akan dilancar di Malaysia seawal November ini!

Diimport dari Malaysia, Peugeot 3008 dan 5008 facelift bakal dilancarkan di Indonesia pada Okt 2021 03

Peugeot 3008 GT pasaran Australia

Peugeot 3008 dan 5008 facelift pertama kali diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2020. Untuk pasaran Indonesia, kedua-dua model ini mungkin hanya ditawarkan dengan enjin 4-silinder 1.6 liter turbocaj (167 PS / 240 Nm) yang dipasangkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Diimport dari Malaysia, Peugeot 3008 dan 5008 facelift bakal dilancarkan di Indonesia pada Okt 2021 04

Ciri kelengkapan yang terdapat pada spesifikasi pasaran Indonesia dan Thai mungkin sama dengan spesifikasi Malaysia kelak. Dengan operasi jualan automotif disambung semula, mungkin kita dapat menyaksikan duo SUV Perancis ini dilancarkan di Malaysia lebih awal?

Baca: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – pelancaran Julai di Malaysia tertangguh sebab Covid-19

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Peugeot 3008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda