window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahu harga barang, geng ini sasar kerusi Recaro dan kereta lama!

Haris · Jun 4, 2021 05:00 PM

Tahu harga barang, geng ini sasar kerusi Recaro dan kereta lama! 01

Geng Lee Honda, sebuah kumpulan yang mensasarkan kereta lama dan kerusi kereta jenama Recaro sebagai hasil jenayah akhirnya tumpas dalam serbuan berasingan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, seramai 10 individu berusia 22 hingga 45 tahun termasuk seorang wanita berjaya diberkas dalam Operasi Lejang Khas di lapan lokasi berasingan di sekitar Rawang, Shah Alam dan Serendah bermula 22 Mei hingga 1 Jun lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tahu harga barang, geng ini sasar kerusi Recaro dan kereta lama! 01

Beberapa hasil curian dirampas yang meliputi 13 buah kereta, dua motosikal yang dilaporkan hilang selain beberapa kerusi kereta Recaro dianggarkan bernilai RM 300,000.

"Modus operandi kumpulan ini adalah menyasarkan kereta lama jenis Honda Civic (Ferio), Proton Wira, Proton Satria, Proton Perdana dan Perodua Kancil, manakala bagi motosikal pula jenis Yamaha 125ZR serta Honda EX5 selain kerusi kereta jenis Recaro.

Tahu harga barang, geng ini sasar kerusi Recaro dan kereta lama! 02

"Geng ini akan meleraikan kenderaan yang dicuri untuk mengambil kompenan sebelum dijual selain memotong ‘badan’ kenderaan itu untuk dijual di kedai barang lusuh," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, di sini hari ini.

Pihak polis telah mengesan kegiatan geng ini sejak Jun tahun lalu dan dipercayai terbabit dalam 30 kes curi kereta, 10 kes curi motosikal serta 27 kes curi kerusi kereta jenis Recaro di sekitar Sungai Buloh, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor serta Petaling Jaya.

Tahu harga barang, geng ini sasar kerusi Recaro dan kereta lama! 03

Amir Zaidan Muhamad Shahril

“Semakan dilakukan mendapati sembilan daripada 10 suspek yang ditahan memiliki rekod berkaitan jenayah dan dadah termasuk dalang kumpulan terbabit iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun yang mempunyai 33 rekod selain dua rekod dikehendaki," katanya.

Tegasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, pihaknya sedang mengesan seorang lagi lelaki dikenali sebagai Amir Zaidan Muhamad Shahril dengan alamat terakhir di Rawang, bagi membantu siasatan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda