window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak habis lagi, geng nombor plat ‘fancy’ dan tak ikut spesifikasi akan terus diburu!

Mersita · Dec 7, 2021 03:00 PM

Tak habis lagi, geng nombor plat ‘fancy’ dan tak ikut spesifikasi akan terus diburu! 01

Op Khas (Nombor Pendaftaran) dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di seluruh kontinjen sepanjang bulan November 2021 kini akan terus dipertingkatkan bagi mengesan pengguna jalan raya yang mempamerkan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, operasi sekatan jalan raya, rondaan cegah kemalangan, dan pemantauan berkala di laluan-laluan utama serta taman-taman perumahan akan dijalankan bagi mengesan kenderaan yang melalukan kesalahan ini.

Tak habis lagi, geng nombor plat ‘fancy’ dan tak ikut spesifikasi akan terus diburu! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Mat Kasim, konsep ‘zero tolerance’ dan ‘strike force’ di kawasan-kawasan tumpuan ramai akan dikekalkan sebagai strategi utama bagi mengesan pemilik kenderaan yang mengubahsuai dan mempamerkan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tak habis lagi, geng nombor plat ‘fancy’ dan tak ikut spesifikasi akan terus diburu! 01

“Operasi ini bertujuan untuk mendidik para pemilik dan pengguna kenderaan di Malaysia supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sepanjang Op Khas (Nombor Pendaftaran) yang dilaksanakan dari 1 – 30 November lalu, sebanyak 7,874 saman dikeluarkan atas kesalahan nombor pendaftaran ‘fancy’, 2,112 bagi kesalahan tiada nombor pendaftaran, dan 14,923 saman lagi bagi kesalahan nombor pendaftaran tidak ikut peraturan.

Tak habis lagi, geng nombor plat ‘fancy’ dan tak ikut spesifikasi akan terus diburu! 02

Pemilik kenderaan motosikal didapati merangkumi peratusan paling besar bagi kesalahan nombor pendaftaran iaitu 49.45 peratus – 12,318 saman daripada jumlah keseluruhan iaitu 24,909 saman.

“JSPT ingin menasihati pemilik kenderaan supaya segera menukar dan mempamerkan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Mereka yang masih ingkar sama sekali tidak akan terlepas daripada tindakan saman dan pertuduhan di mahkamah,” tegasnya.

Tak habis lagi, geng nombor plat ‘fancy’ dan tak ikut spesifikasi akan terus diburu! 03

Jika sabit kesalahan, pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama Seksyen 119 akta yang sama.

Baca juga: JPJ minta pengguna 'report' kesalahan nombor plat 'fancy' jika terserempak atas jalan

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda