window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak hormat PKP, akhirnya geng rempit 'Stone Cold' tumpas!

Khairil ยท Jun 25, 2021 02:30 PM

Tak hormat PKP, akhirnya geng rempit 'Stone Cold' tumpas! 01

Keangkuhan geng mat rempit berlumba haram di sekitar Jalan Bukit Setongkol atau 'Stone Cold' di Kuantan, berakhir susulan Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan Polis Trafik Kuantan, baru-baru ini.

Juga baca: Tengah PKP pun sibuk berlumba, gelagat mat rempit ini undang kecaman, cabar pihak berkuasa!

Menerusi hantaran Facebook Polis Trafik Kuantan, operasi berkenaan dijalankan bertujuan mencegah aktiviti lumba haram dikalangan remaja dan belia di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tak hormat PKP, akhirnya geng rempit 'Stone Cold' tumpas! 01

Berdasarkan aduan awam yang diterima, aktiviti yang tidak bermoral itu sering mengganggu ketenteraman di kejiranan berkenaan dek bunyi bising oleh sekumpulan mat rempit yang disifatkan kurang menggunakan akal.

Juga baca: Polis gempur 'litar' mat rempit di Terengganu, penonton pun kena 'angkut' sekali!

Tak hormat PKP, akhirnya geng rempit 'Stone Cold' tumpas! 02

Dalam operasi yang bermula 6 petang dengan kekuatan seorang pegawai dan sembilan anggota itu, sejumlah 70 keping saman dikeluarkan dan 4 buah motosikal disita dibawah Sek 60 APJ 1987 kerana mengubahsuai struktur kenderaan (ekzos).

Tak hormat PKP, akhirnya geng rempit 'Stone Cold' tumpas! 03

Selain itu, seorang lelaki ditahan dibawah Sek 42 (1) APJ 1987 kerana menunggang secara merbahaya dengan aksi berdiri diatas motosikal dan mengangkat tayar hadapan atau “Wheelie”.

Juga baca: Mat rempit umur 33 tahun dicekup Ops Samseng Jalanan, jadi bahan jenaka warganet!

Sementara itu, Polis Trafik Kuantan turut menasihati orang ramai supaya menjauhi aktiviti tidak bermoral seperti berlumba haram dengan ibu bapa diharapkan memantau pergerakan anak mereka.

Tak hormat PKP, akhirnya geng rempit 'Stone Cold' tumpas! 04

"Ada baiknya jika pihak polis yang bawa ke Balai Polis dan bukan pihak ambulans yang bawa ke Hospital. Perkara ini tidak akan selesai selagi kita tidak sama-sama menjaganya," tulis hantaran itu.

Sumber: Facebook Polis Trafik Kuantan

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda