window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Teka-teki 'nasib' GP Malaysia 2021 diketahui hujung bulan ini

Khairil ยท Aug 18, 2021 09:00 PM

Teka-teki 'nasib' GP Malaysia 2021 diketahui hujung bulan ini 01

Selepas penganjuran GP Thailand 2021 sah 'dikeluarkan' dari kalendar kejuaraan MotoGP bulan lalu, persoalan sama muncul mengenai perlumbaan GP Malaysia yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober ini.

Sehingga kini, GP Malaysia 2021 masih utuh di dalam kalendar kejuaraan MotoGP dan menjadi satu-satunya venue di Asia selain Qatar (pusingan pertama/kedua) selepas penganjuran di Thailand, Jepun dan Australia turut dibatalkan.

Teka-teki 'nasib' GP Malaysia 2021 diketahui hujung bulan ini 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun berdasarkan perkembangan terbaharu, jawapan membabitkan soalan hangat itu dijangka akan diketahui pada penghujung bulan ini.

Juga baca: Perlumbaan MotoGP GP Thai 2021 rasmi dibatalkan!

Teka-teki 'nasib' GP Malaysia 2021 diketahui hujung bulan ini 01

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif

Ini berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan ‘tuan rumah’, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif yang mengakui pihaknya sedang menjalankan perbincangan lanjut bersama pemegang hak penganjuran MotoGP, Dorna Sports.

"Kita harus sedar situasi Covid-19 di Malaysia tak begitu baik. Kes masih melebihi 20k. Ketika ini, kita masih berbincang dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara).

Juga baca: GP Malaysia dapat tarikh baru, GP Australia dibatalkan!

Teka-teki 'nasib' GP Malaysia 2021 diketahui hujung bulan ini 02

"Kita sudah bentangkan SOP yang dicadangkan dan mereka sudah pun berikan maklum balas. Kami akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Dorna dan harapnya pada hujung bulan ini, kita agak boleh dapat keputusan yang muktamad.

Teka-teki 'nasib' GP Malaysia 2021 diketahui hujung bulan ini 03

"Kata putus daripada Dorna tetapi kita memang mahu anjurkan MotoGP di Malaysia pada tahun ini. Tetapi Kekangan dari situasi semasa. KKM letak syarat ketat untuk bendung kes. Kalau jadi, mereka (Dorna) perlu ikuti apa yang ditetapkan oleh KKM).

Teka-teki 'nasib' GP Malaysia 2021 diketahui hujung bulan ini 04

Perlumbaan pusingan ke-11 MotoGP 2021 berlangsung di GP Austria, minggu lalu dengan Malaysia jika mengikut kalendar akan menganjurkan pusingan ke-16 selepas perlumbaan GP America.

Teka-teki 'nasib' GP Malaysia 2021 diketahui hujung bulan ini 05

Tahun lalu, perlumbaan GP Malaysia 2020 turut dibatalkan susulan peningkatan kes Covid-19.

Sumber imej: FB SIC

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda