window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tok Arab jual hidrogen pula? Arab Saudi mahu jadi pembekal hidrogen terbesar dunia

Mersita · Oct 27, 2021 10:00 AM

Tok Arab jual hidrogen pula? Arab Saudi mahu jadi pembekal hidrogen terbesar dunia 01

Menurut satu laporan oleh Reuters, Menteri Tenaga Arab Saudi – Putera Abdulaziz bin Salman al-Saud – berkata yang negara itu ingin menjadi pembekal hidrogen terbesar di dunia.

Sedang pasaran global fokus untuk mengurangkan jejak karbon dan beralih ke sumber tenaga bersih, menteri Saudi itu menambah yang negara itu merancang untuk mengeksport 4 juta tan hidrogen di rantau itu menjelang tahun 2030.

Tok Arab jual hidrogen pula? Arab Saudi mahu jadi pembekal hidrogen terbesar dunia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam satu wawancara televisyen bersama saluran Asharq TV, Putera Abdulaziz berkata yang pelaburan dalam sumber tenaga bersih bukannya bermaksud pelaburan untuk minyak mentah akan dihentikan. “Sasarannya ialah untuk mengurangkan pembebasan (gas rumah hijau), bukannya menghentikan terus penggunaan minyak,” katanya.

“Tiada percanggahan antara melabur dalam sumber tenaga dan menjaga perubahan iklim. Dunia tak boleh hidup bergantung kepada hanya satu sumber tenaga, ataupun hanya beberapa sumber, namun dunia perlukan semua sumber tenaga yang ada,” tambahnya lagi.

Tok Arab jual hidrogen pula? Arab Saudi mahu jadi pembekal hidrogen terbesar dunia 01

Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin Nasser, nampak potensi untuk berkembang dalam perniagaan bahan api hidrogen. Dalam satu kenyataan awal tahun ini, beliau berkata syarikat mereka sedang mencari perjanjian ambil-alih bagi hidrogen dalam pasaran-pasaran utamanya bagi meningkatkan lagi penghasilan mereka.

Baca juga:

Shell ‘lepas’ ladang minyak di Sarawak milik Petronas – sasar karbon sifar menjelang 2050

Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda