window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa!

Haris · Sep 15, 2021 07:00 PM

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 01

Toyota Corolla Cross membuat penampilan sulung di Thailand lebih setahun lepas. Kemudian, SUV ini telah dilancarkan di Malaysia hingga ke AS namun hanya baru-baru ini sahaja dilancarkan di Jepun.

'Corolla' itu sendiri merupakan jenama yang kukuh di Jepun, justeru ia menerima fasia depan eksklusif untuk tanah air Toyota sendiri.

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rekaan yang lebih kemas dan bersih ini sesuai dengan barisan model Corolla lain di Jepun. Menggugurkan logo elips Toyota, huruf C tersemat di bahagian depan supaya rakyat Jepun akan mengenalinya sebagai sebuah Corolla.

Bagaimana ia menerima rekaan berbeza? Untuk itu, Toyota Corolla Cross pasaran Jepun dibina di kilang Takaoka di Jepun. Kilang ini dianggap sebagai tempat kelahiran Corolla apabila Toyota Corolla pertama sekali dilancarkan pada tahun 1966 dan sehingga ke hari ini, ia masih membina model terlaris dunia tersebut.

Baca: Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia!

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 01

Lakaran awal reka bentuk Corolla Cross

Sebilangan besar daripada peminat Toyota mungkin akan lebih menggemari penampilan Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ini tetapi dari segi reka bentuk luaran, ini adalah satu-satunya aspek yang diubah.

Toyota memanggil nuansa reka bentuk ini sebagai "bandar dan aktif" dengan "dinamisme dan kecanggihan SUV".

Baca: Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia?

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 02

Bahagian belakang dan sisi masih mirip dengan Toyota Corolla Cross baik dari Malaysia atau seluruh dunia dengan nisbah badan sebuah SUV dan lapisan plastik di atas lengkung tayar dan bumper belakang. Toyota Corolla Cross mungkin lebih mudah digambarkan sebagai 'adik' kepada Toyota RAV4.

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 03

Posisi tanda nama Corolla Cross juga berbeza. Pasaran Malaysia menggunakan tanda nama Corolla Cross dengan CROSS yang lebih menonjol pada bahagian nombor plat tetapi pasaran Jepun dan AS meletakkan tanda nama Corolla Cross di bahagian pintu sebelah kiri.

Baca: Toyota Corolla Cross potensi maksimum - 2.0L Dynamic Force, AWD untuk pasaran US!

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 04

Pada bahagian dalam, Toyota Corolla Cross pasaran Jepun sekali lagi mengikuti trend negara maju dengan penggunaan brek parkir elektronik. Hal ini sama seperti yang terdapat di pasaran global dengan pengecualian model pasaran Malaysia dan Thailand yang menggunakan brek kaki.

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 05

Sebenarnya, brek parkir kaki tidaklah begitu luar dari kebiasaan untuk Toyota. Malah, ia pernah digunakan pada Toyota Camry model yang terdahulu. Namun perbezaan teknologi setempat membawa perubahan terhadap tawaran ciri kelengkapan.

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 06

Di samping itu, Toyota Corolla Cross pasaran Jepun turut menerima bumbung suria panorama yang menjadikan bahagian dalaman yang lapang terasa lebih luas. Spesifikasi ini juga tidak terdapat pada model spesifikasi Malaysia.

Baca: Toyota Corolla Cross versi GR-Sport dilancarkan di Taiwan, bermula RM 131k

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 07

Dari segi kemudahan, Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun juga dilengkapi dengan but belakang kuasa dengan fungsi kilas, tambatan kepada fungsi Android Auto dan Apple CarPlay serta kemasukan pintar tanpa kunci. Kali ini, kesemua ciri-ciri ini terdapat pada Toyota Corolla Cross pasaran Malaysia.

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 08

Toyota Corolla Cross di Jepun boleh didapati dengan pilihan enjin petrol (1.8 2ZR-FAE) atau hibrid (1.8 2ZR-FXE). Varian berkuasa petrol dipasangkan dengan transmisi automatik Super CVT-i yang menggerakkan roda depan sementara varian hibrid mempunyai pilihan pacuan empat roda (4WD).

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 09

Selain itu, semua varian Toyota Corolla Cross hadir dengan sistem suspensi MacPherson-strut pada bahagian depan, manakala susunan suspensi belakang berbeza bergantung pada trenkuasa. Varian pacuan roda depan menggunakan sistem suspensi torsion beam manakala bahagian belakang menggunakan sistem double wishbone.

Bercakap mengenai hibrid, terdapat ciri yang disebut Mod Bekalan Kuasa Kecemasan dan ia sama seperti namanya. Mod ini adalah fungsi penjana kecemasan bantuan (AC 100V / 1500W). Pengguna boleh menggunakannya sebagai 'bateri' ketika blackout atau waktu kecemasan yang lain.

Kemampuan mod ini adalah ia boleh digunakan untuk membekalkan kuasa kepada perkakasan elektrik kecil dan ringkas seperti cerek elektrik atau pengering rambut.

Baca: Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 10

Sama seperti Toyota Corolla Cross yang ada di pasaran lain, model Jepun ini turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS termasuk AEB, lane tracing assist (LTA), radar cruise control, dan pengawasan titik buta.

Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa! 11

Corolla Cross Modellista

Harga bagi Toyota Corolla Cross di Jepun bermula dari sekitar JPY 2 juta (~ RM 75,000) hingga JPY 3.199 juta (~ RM 120,000). Dengan populariti Corolla Cross yang berkembang di seluruh dunia, adakah kejayaan ini dapat diulangi di Jepun?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda