window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tragedi Litar Dato' Sagor bukti penganjuran perlumbaan perlu ikut SOP, diselia pihak berkepakaran!

Khairil ยท Jan 4, 2023 02:00 PM

Tragedi Litar Dato' Sagor bukti penganjuran perlumbaan perlu ikut SOP, diselia pihak berkepakaran! 01

Insiden malang yang meragut nyawa seorang penonton ketika menyaksikan perlumbaan di Litar Dato' Sagor, Pasir Salak, Perak pada 31 Disember lalu membuktikan setiap perlumbaan atau acara perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan diselia pihak yang memiliki kepakaran.

Tragedi Litar Dato' Sagor bukti penganjuran perlumbaan perlu ikut SOP, diselia pihak berkepakaran! 02

Litar Dato Sagor. Sumber imej: FB Litar Dato Sagor

Dalam kejadian ngeri itu, seorang pengusaha bengkel berusia 32 tahun maut selepas dirempuh kereta jenis Proton Satria yang sedang berlumba.

Tragedi Litar Dato' Sagor bukti penganjuran perlumbaan perlu ikut SOP, diselia pihak berkepakaran! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengikut siasatan pihak polis, kemalangan berlaku apabila dua kenderaan (Proton Satria) gagal mengawal kenderaan ketika bergesel semasa menghampiri garisan penamat sebelum merempuh mangsa.

Sedikit pelik, mangsa tidak berada di kawasan tempat duduk penonton malah berada di kawasan lapang di tepi litar yang langsung tidak mempunyai tembok keselamatan.

Tragedi Litar Dato' Sagor bukti penganjuran perlumbaan perlu ikut SOP, diselia pihak berkepakaran! 01

Memetik laporan Sinar Harian, Persatuan Pengguna Pengangkutan Jalan Perak menggesa sebarang penganjuran perlumbaan mahupun latihan di Litar Dato' Sagor, Pasir Salak atau mana-mana lokasi di negeri itu perlu melibatkan badan berkelayakan untuk membuat pemantauan.

Pengerusinya, Mustafar Rahadi berkata, insiden yang berlaku itu harus menjadi iktibar kepada semua pihak agar kejadian yang meragut nyawa tidak berulang.

Tragedi Litar Dato' Sagor bukti penganjuran perlumbaan perlu ikut SOP, diselia pihak berkepakaran! 02

"Aktiviti sukan permotoran seperti itu perlu diteruskan kerana ia mempunyai peminat tersendiri tetapi mesti dianjurkan dengan melihat secara terperinci prosedur operasi standard (SOP) terutama dalam aspek keselamatan.

"Saya lihat penganjuran aktiviti perlumbaan kereta mahupun motosikal ini tidak ada salahnya kerana negeri Perak sendiri pernah melahirkan jaguh pelumba di peringkat antarabangsa.

Tragedi Litar Dato' Sagor bukti penganjuran perlumbaan perlu ikut SOP, diselia pihak berkepakaran! 03

"Cuma kita perlu penambahbaikan SOP sesuatu penganjuran perlumbaan mengikut kesesuaian litar. Ini hanya dapat ditentukan oleh badan-badan yang mempunyai tauliah atau kepakaran. Malah jenis dan kategori kenderaan perlu disesuaikan dengan litar supaya aspek keselamatan dan kawalan dapat dipertingkatkan sama ada melibatkan pelumba mahupun penonton," katanya.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda