window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tular: Anjing bijak bantu pemandu parkir kereta, apa guna 'reverse camera'?

Mersita ยท Jun 11, 2021 02:00 PM

Tular: Anjing bijak bantu pemandu parkir kereta, apa guna 'reverse camera'? 01

Anjing sememangnya terkenal dengan kebolehan menerima arahan dan latihan oleh penjaganya. Ia terbukti dalam satu video tular di Twitter dimana seekor anjing jenis Golden Retriever dilihat membantu seorang pemandu untuk parkir undur dengan memberi isyarat berhenti apabila kereta sudah masuk ke petak parkir dengan sempurna.

Tular: Anjing bijak bantu pemandu parkir kereta, apa guna 'reverse camera'? 02

Anjing itu dilihat duduk di ruang pejalan kaki di belakang kereta berkenaan sambil melambai-lambai kearah pemandu kereta berkenaan. Apabila bampar belakang sudah cukup rapat dengan pembahagi, anjing itu menyalak mesra. Video berkenaan dipercayai dirakam di New York, Amerika Syarikat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Akaun ‘Humor and Animals’ memuatnaik video tersebut di Twitter dengan kapsyen “the best barking sensor you can get” (penderia parkir paling hebat anda boleh dapat).

Warganet cukup kagum dengan kebolehan anjing bijak berkenaan. Golden Retriever terkenal dengan sifat pintar, mesra, taat, baik hati, dan boleh diharap.

Tular: Anjing bijak bantu pemandu parkir kereta, apa guna 'reverse camera'? 01

Gambar: Freepik

Selain itu, ada lagi anjing lain yang juga dilatih untuk membantu penjaganya memarkir kereta dengan selamat. Cara anjing jenis Labrador ini pula lebih kurang sama, melambai comel dan menyalak apabila bampar sudah rapat ke penghalang belakang.

Terbaik! Penulis terfikir, bolehkah kucing juga dilatih untuk membantu masuk parkir? Mesti menarik kalau ada yang boleh dilatih.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda