window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tunggang Honda Dash samun warga emas mahu solat subuh, dua penjenayah dicekup!

Khairil ยท Jul 6, 2021 05:00 PM

Tunggang Honda Dash samun warga emas mahu solat subuh, dua penjenayah dicekup! 01

Dua penjenayah bermotosikal, termasuk seorang yang baru selesai menjalani hukuman Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 selama dua tahun dicekup pihak polis dalam tempoh 24 jam selepas menyamun seorang warga emas.

Dua-dua penjenayah menunggang motosikal jenis Honda Dash ketika melakukan jenayah berkenaan dan kegiatan mereka itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Tunggang Honda Dash samun warga emas mahu solat subuh, dua penjenayah dicekup! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memetik laporan Kosmo!, kedua-dua penjenayah itu dicekup selepas menyamun ahli jawatankuasa masjid di kawasan perumahan Aman Perdana di Klang, Selangor, baru-baru ini.

Suspek kemudian berjaya ditangkap bersama rakannya yang masing-masing berusia 20 dan 30an kira-kira pukul 5 petang pada Jumaat lalu selepas melakukan jenayah pukul 5.20 pagi hari yang sama.

Difahamkan, suspek sebelum ini menjalani hukuman POCA di Penjara Tapah, Perak.

Tunggang Honda Dash samun warga emas mahu solat subuh, dua penjenayah dicekup! 01

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, siasatan awal mangsa berusia 60an yang juga ahli jawatankuasa keselamatan masjid disamun ketika keluar dari keretanya untuk menunaikan solat subuh di surau tersebut.

Menurut Nurulhuda, kedua-dua suspek bersenjatakan parang itu kemudiannya melarikan kereta milik mangsa iaitu Toyota Vios dan kejadian tersebut berjaya dirakam CCTV dengan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tunggang Honda Dash samun warga emas mahu solat subuh, dua penjenayah dicekup! 02

Tambahnya, hasil risikan, pihak polis kemudiannya membawa penangkapan kedua-dua suspek di Jalan Gamelan dalam tempoh 24 jam dan soal-siasat terhadap suspek kemudiannya membawa ke lokasi pembuangan barangan peribadi milik mangsa kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya, kereta mangsa jenis Toyota Vios ditemui di tempat letak kenderaan sebuah flat di Kapar selain merampas motosikal jenis Honda Dash.

Tunggang Honda Dash samun warga emas mahu solat subuh, dua penjenayah dicekup! 03

“Semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau melibatkan kes samun, gaduh, curi kenderaan dan mendatangkan kecederaan serta penyalahgunaan dadah.

Tunggang Honda Dash samun warga emas mahu solat subuh, dua penjenayah dicekup! 04

“Suspek juga baru tamat tempoh menjalani hukuman POCA selama dua tahun,” kata Nurulhuda.

Kedua-dua suspek kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sumber imej: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis V2

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda