window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tunggang ‘motocross’, uji 4x4, seramai 27 individu ditahan ceroboh hutan simpan Terengganu!

Haris · Sep 20, 2021 10:00 AM

Tunggang ‘motocross’, uji 4x4, seramai 27 individu ditahan ceroboh hutan simpan Terengganu! 01

Kelonggaran perintah kawalan pergerakan di negeri-negeri yang menjalani Program Pemulihan Negara Fasa 2 menyaksikan penduduk setempat berbondong-bondong membanjiri tempat-tempat rekreasi awam tetapi ramai yang tidak cakna mengenai hebahan pejabat perhutanan negeri.

Tunggang ‘motocross’, uji 4x4, seramai 27 individu ditahan ceroboh hutan simpan Terengganu! 02

Gambar hiasan

Sekurang-kurangnya, 3 pejabat perhutanan negeri dari Selangor, Terengganu dan Pahang telah membuat hebahan bahawa sebarang aktiviti rekreasi tidak dibenarkan di hutan simpan negeri masing-masing.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tunggang ‘motocross’, uji 4x4, seramai 27 individu ditahan ceroboh hutan simpan Terengganu! 01

Terbaru, pejabat perhutanan negeri Terengganu telah menangkap sehingga 27 individu yang didakwa menceroboh hutan simpan negeri Terengganu setakat minggu lepas. Angka tersebut meliputi 14 individu pemilik kenderaan pacuan empat roda manakala 13 lagi individu merupakan penunggang motocross.

Tunggang ‘motocross’, uji 4x4, seramai 27 individu ditahan ceroboh hutan simpan Terengganu! 02

“Kita (telah) menahan 14 lelaki bersama kenderaan 4x4 (pacuan empat roda) yang masing-masing yang dipercayai digunakan untuk memasuki hutan simpan tanpa kebenaran bertulis atau permit memasuki hutan simpan kekal.” ujar Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Roslan Rani.

“Ketika serbuan dilakukan, mereka sedang berehat di tepi sungai berhampiran dan mendakwa memasuki kawasan hutan simpan ini untuk menikmati keindahan alam sempena cuti hujung minggu.

“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut manakala kenderaan itu turut disita,”

Tunggang ‘motocross’, uji 4x4, seramai 27 individu ditahan ceroboh hutan simpan Terengganu! 03

13 lagi individu pnunggang motocross pula telah ditangkap oleh pihak berkuasa tersebut pada Khamis lalu. Kejadian berlaku di Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu di atas kesalahan sama.

Katanya, mereka memandang serius isu pencerobohan memandangkan kawasan hutan tidak boleh dimasuki tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Selain menahan mereka yang mencuri hasil hutan, ia juga menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak untuk masuk ke dalam kawasan hutan simpan tanpa kebenaran,” katanya.

Semua yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 47 (1) (c) Enakmen Perhutanan Negara (Penerimaan-pakai) 1986 Negeri Terengganu yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Baca: 12 individu ‘kantoi’ rentas negeri ke Genting Highland, kompaun RM 5k seorang!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda