window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Polis kenalpasti mangsa rentung dalam nahas Toyota Vios terbakar di Georgetown

Mersita ยท Aug 17, 2021 02:00 PM

(Video) Polis kenalpasti mangsa rentung dalam nahas Toyota Vios terbakar di Georgetown 01

Pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenalpasti identiti tiga mangsa yang terlibat dalam nahas Toyota Vios terbakar selepas merempuh pokok di Jalan Masjid Negeri, Georgetown pada awal pagi semalam.

(Video) Polis kenalpasti mangsa rentung dalam nahas Toyota Vios terbakar di Georgetown 02

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada 2.55 pagi sebelum beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dikerah ke lokasi kejadian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mereka menemui ketiga-tiga mangsa yang tersepit di dalam kereta berkenaan telah rentung kira-kira 90 peratus. Toyota Vios itu juga terbakar hampir sepenuhnya dan nombor pendaftaran kenderaan itu tidak dapat dikenalpasti.

(Video) Polis kenalpasti mangsa rentung dalam nahas Toyota Vios terbakar di Georgetown 01

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada kira-kira jam 3.05 pagi.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, terdapat tiga mayat iaitu masing-masing di tempat duduk pemandu, tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang."

(Video) Polis kenalpasti mangsa rentung dalam nahas Toyota Vios terbakar di Georgetown 02

"Mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan daripada kereta kira-kira pukul 5.40 pagi dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” petik akhbar Utusan Malaysia.

Soffian meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian termasuklah kes kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nizam Abdullah di talian 010-9771517 atau di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Menurut laporan akhbar itu, seorang saksi kejadian yang berada berhampiran lokasi nahas ketika kejadian berlaku berkata dia terkejut mendengar bumi dentuman kuat ketika Toyota Vios terbabit merempuh sebatang pokok pada kira-kira jam 2 pagi.

Dia cuba menghampiri kereta terbabit untuk menyelamatkan mangsa, namun bahagian hadapan kereta itu semakin marak dijilat api.

(Video) Polis kenalpasti mangsa rentung dalam nahas Toyota Vios terbakar di Georgetown 03

Dia kemudiannya berlari ke sebuah stesen minyak berdekatan untuk mengambil alat pemadam api tapi kebakaran pada Vios berkenaan marak dengan terlalu cepat.

“Malah, ketika pasukan bomba tiba tidak lama selepas itu juga kereta terbabit bersama penumpangnya sudah hangus hampir sepenuhnya,” katanya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda