window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Tag RFID kalau tak dilekatkan pada kereta, masih boleh berfungsi? Ini buktinya!

Mersita · Jan 14, 2022 09:00 AM

(Video) Tag RFID kalau tak dilekatkan pada kereta, masih boleh berfungsi? Ini buktinya! 01

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, tak lama lagi kaedah pembayaran tol menggunakan Touch ‘n Go dan SmartTag akan mula dihentikan secara berfasa. Walaupun topik ini sudah agak lama dibincangkan, ramai pengguna lebuh raya masih kurang jelas tentang sistem RFID. Antaranya, adakah tag RFID masih boleh berfungsi jika tidak dilekatkan pada kereta?

Seorang pengguna TikTok baru-baru ini ada jawapan berserta buktinya. Menerusi satu hantaran di platform media sosial tersebut, pengguna berkenaan cuba melepasi laluan RFID bersama seorang penumpang di hadapan yang mengangkat tag RFID rapat pada cermin hadapan keretanya. Ternyata, sistem pembaca RFID di plaza tol berkenaan masih boleh mengesan tag tersebut dan palang terbuka seperti biasa!

@zai_nqz8087 Rfid tampal dalam cermin. #fyp#subhanallah❤️ ♬ Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Baca juga: Bayaran tol guna kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat, RFID diutamakan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, dalam babak seterusnya, pengguna berkenaan menunjukkan yang mereka sudahpun melekatkan tag RFID tersebut di bahagian dalam cermin hadapan kereta dan seperti yang dijangka, kereta boleh melepasi laluan RFID seperti biasa.

Perlu diingatkan yang pengguna RFID disarankan untuk memasang tag RFID masing-masing di sebelah kiri kereta (di hadapan penumpang hadapan). Barangkali sistem pembaca di plaza tol hanya boleh mengesan tag RFID di sebelah kiri kereta dan jika mana-mana pemandu cuba untuk meniru aksi ini, haruslah ada penumpang di hadapan untuk membantunya.

(Video) Tag RFID kalau tak dilekatkan pada kereta, masih boleh berfungsi? Ini buktinya! 01

Tambahan pula, video ini juga membuktikan bahawa tag RFID masih boleh dikesan dengan baik walaupun ia dilekatkan di bahagian dalam kereta. Namun, ia mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik jika cermin kereta mempunyai filem cermin gelap (tint).

Akan tetapi, harus diingat, laman RFID menyatakan bahawa tag RFID mesti dilekat pada kereta bagi mengelakkan pemegang akaun RFID berkenaan daripada disenaraihitamkan. Ini kerana tag RFID tidak boleh dipindah-milik dan tidak boleh digunakan pada kenderaan lain selain daripada kenderaan yang didaftarkan bersama tag tersebut dalam sistem.

Baca juga: Lorong TnG, SmartTag bakal dimansuh, jadi di mana, bagaimana nak dapatkan dan aktifkan RFID?

(Video) Tag RFID kalau tak dilekatkan pada kereta, masih boleh berfungsi? Ini buktinya! 02

Pada bulan lalu, Kementerian Kerja Raya mengumumkan bahawa bermula 15 Januari 2022, plaza-plaza tol di sepanjang lebuh raya PLUS bermula dari Juru, Pulau Pinang sehingga Skudai, Johor akan mula menghentikan kaedah pembayaran tol melalui kad Touch ‘n Go dan SmartTag secara berperingkat bagi memberi lebih ruang kepada pengguna RFID.

PLUS Malaysia juga sudah mengesahkan yang servis Touch ‘n Go dan SmartTag akan dihentikan secara menyeluruh menjelang penghujung tahun 2023, sebahagian daripada langkah syarikat itu untuk memperkenalkan pengalaman Multi-Lane-Free-Flow (MLFF) di lebuh raya mereka.

(Video) Tag RFID kalau tak dilekatkan pada kereta, masih boleh berfungsi? Ini buktinya! 03

Contoh plaza tol tanpa palang di Singapura

Pelaksanaan MLFF bermaksud laluan di plaza tol akan jadi lebih terbuka, tanpa palang dan tanpa lorong berlainan jenis. Pihak kerajaan menyasarkan pelaksanaan MLFF secara menyeluruh dengan RFID sebagai kaedah pembayaran tunggal menjelang penghujung 2026.

Berkait: Nak buang TnG dan Smart Tag? Ini rakaman RFID gagal sampai palang kena kereta!

RFID seharusnya memudahkan hidup kita, jadi kenapa ramai yang 'benci' RFID?

Pencipta MaxTAG, EFKON persoal kenapa SmartTAG & TnG diganti dengan RFID yang lagi hampeh

Indonesia laksana 'tol tanpa palang' tahun ini, Malaysia masih gaduh RFID vs SmartTAG?

Usah tergesa-gesa. Promosi & peralihan ke RFID perlu lebih meluas, mudahkan pengguna

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda