window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Wuling Alvez 2023 dilancarkan di IIMS, bawa saingan hebat dalam gelanggang SUV kompak

Mersita · Feb 25, 2023 10:00 AM

Wuling Alvez 2023 dilancarkan di IIMS, bawa saingan hebat dalam gelanggang SUV kompak 01

Pasaran SUV kompak yang didominasi model seperti Honda HR-V mahupun Hyundai Creta nampaknya bakal ‘digegar’ dengan kehadiran Wuling Alvez 2023 yang dilancarkan di Indonesia baru-baru ini di pameran Indonesia International Motor Show (IIMS).

Naib Presiden Wuling Motors Indonesia, Arif Pramadana, berkata SUV kompak ini disasarkan untuk generasi muda yang mahukan kenderaan unik dan berbeza. Bagi mengisi keperluan ini, Alvez tampil dengan rupa bentuk menarik, badan kompak namun luas, berserta kelengkapan moden.

Wuling Alvez 2023 dilancarkan di IIMS, bawa saingan hebat dalam gelanggang SUV kompak 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakan kami di Autofun.co.id berpeluang untuk menyaksikan sendiri SUV terbaru keluaran jenama dari China itu di IIMS 2023 dan berikut adalah beberapa perincian serta kelengkapan yang anda perlu tahu tentang Wuling Alvez.

Reka bentuk dan luaran

Wuling Alvez 2023 dilancarkan di IIMS, bawa saingan hebat dalam gelanggang SUV kompak 01

Berbekalkan tema “style that keeps you moving”, Wuling Alvez tampil dengan rupa kemas, bergaya, dan ‘sporty’. Trend warna dwi-tona turut menghiasi badan SUV ini dengan gabungan samada warna utama putih atau perak dan atap hitam.

Jejaring corak anyaman hitam berkilat diapit oleh lampu hadapan boleh-laras LED dan ‘daytime running lights’ (DRL) LED. Jejaring gelap dan posisi lampu kabus serta saluran udara di bahagian bawah bamparnya cukup membezakan ‘mukanya’ dengan Honda HR-V, selain bentuk bamparnya yang lebih bersegi.

Wuling Alvez 2023 dilancarkan di IIMS, bawa saingan hebat dalam gelanggang SUV kompak 02

Penggayaan bersegi ini turut dilihat di bahagian belakangnya, berserta lampu brek yang juga jenis LED. Alvez didatangkan dengan rim bersaiz 16 inci, menyerlahkan lagi penampilan ‘sporty’nya.

Ruang dalaman

Wuling Alvez 2023 dilancarkan di IIMS, bawa saingan hebat dalam gelanggang SUV kompak 03

Kabin Wuling Alvez tampil premium dengan penggunaan material ‘premium softtouch’ di papan pemukanya. Skrin sentuh gaya ‘floating’ 10.25 inci diposisikan hampir dengan stereng ‘flat bottom’ bersarung kulitnya yang lengkap dengan pelbagai butang fungsi.

Wuling Alvez 2023 dilancarkan di IIMS, bawa saingan hebat dalam gelanggang SUV kompak 04

Lebih menarik, Alvez juga didatangkan dengan ‘sunroof’ elektrik, sarung kerusi kulit, salur penghawa dingin untuk penumpang di belakang. Panel meter dan info juga digital sepenuhnya.

Kelengkapan

Wuling Alvez 2023 dilancarkan di IIMS, bawa saingan hebat dalam gelanggang SUV kompak 05

Wuling tidak lokek dalam memadatkan pelbagai fungsi keselamatan dalam penawaran terbarunya ini. Ia dilengkapi fungsi keselamatan dan ADAS merangkumi Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Antilock Braking System (ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Emergency Stop Signal (ESS), brek parkir elektrik dengan Auto Vehicle Hold (AVH), dan Hill Hold Control (HHC).

Alvez turut dilengkapi dua beg udara, Tire Pressure Monitoring System (TPMS), peringatan tali pinggang keledar, poin ISOFIX, pengunci pintu kanak-kanak, penderia parkir belakang, dan kamera parkir undur dengan fungsi Dynamic Trajectory.

Wuling Alvez 2023 dilancarkan di IIMS, bawa saingan hebat dalam gelanggang SUV kompak 06

Lebih menarik, Wuling Alvez di negara jiran kita itu dilengkapi teknologi pintar Wuling Indonesian Command (WIND), dimana penggunaan kelengkapan kereta “bisa berbahasa Indonesia” – sama dengan Wuling Almaz dan Cortez di pasaran mereka. Fungsi kenderaan juga boleh dikawal menerusi telefon pintar menerusi sambungan internet.

Trenkuasa

Wuling Alvez 2023 dilancarkan di IIMS, bawa saingan hebat dalam gelanggang SUV kompak 07

Menguasakan Wuling Alvez ialah enjin DOHC 1.5L ‘naturally aspirated’ 4 silinder inline DVVT (106 PS/143 Nm). Kuasa disalurkan ke roda hadapan dengan transmisi pilihan manual 6 kelajuan atau CVT.

Harga

Wuling Alvez 2023 dilancarkan di IIMS, bawa saingan hebat dalam gelanggang SUV kompak 08

Wuling Alvez 2023 dijual dalam tiga varian – SE, CE, dan EX – dengan harga bermula dari Rp 209 juta (~RM 61,038.21) hingga Rp 295 juta (~RM 86,154.41).

Juga baca: Wuling Air EV serendah RM 68k julang Indonesia jadi negara kedua terbanyak jualan kereta elektrik di ASEAN!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda