window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha, Quartararo henti dominasi Ducati di GP Itali yang penuh emosi!

Khairil ยท May 31, 2021 12:00 PM

Yamaha, Quartararo henti dominasi Ducati di GP Itali yang penuh emosi! 01

Penunggang Yamaha yang menjuarai GP Itali, Fabio Quartararo mendedikasikan kemenangannya kepada pelumba Moto3, Jason Dupasquier yang meninggal dunia susulan kemalangan di Mugello.

Yamaha, Quartararo henti dominasi Ducati di GP Itali yang penuh emosi! 02

Kemenangan penuh emosi Quartararo itu juga sekaligus menamatkan dominasi Ducati yang menjuarai dua perlumbaan berturut-turut sebelum ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha, Quartararo henti dominasi Ducati di GP Itali yang penuh emosi! 01

Bermula di petak utama, Quartararo pada mulanya dicabar hebat pelumba Ducati, Francesco Bagnaia namun pelumba harapan tuan rumah itu terjatuh selepas 22 pusingan.

Yamaha, Quartararo henti dominasi Ducati di GP Itali yang penuh emosi! 02

Pelumba Moto3, Jason Dupasquier yang meninggal dunia susulan kemalangan pada sesi kelayakan di Mugello

Sebelum perlumbaan, penghormatan senyap selama seminit diberikan kepada mendiang Dupasquier. Pelumba kelahiran Switzerland itu meninggal dunia susulan kecederaan yang dihadapinya ketika sesi kelayakan Moto3 pada Sabtu.

Yamaha, Quartararo henti dominasi Ducati di GP Itali yang penuh emosi! 03

Bagi Quartararo, kemenangan di Mugello adalah yang ketiga miliknya musim ini dan mengakui ia antara perlumbaan paling sukar untuknya.

"Begitu banyak emosi pada hari ini (semalam). Saya tahu ia hari yang menakjubkan bagi kami, tetapi sebenarnya amat sukar untuk kekal fokus," kata Quartararo.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana saya mampu untuk kekal pada kelajuan ini kerana setiap pusingan yang kamu lakukan, kamu akan berfikir mengenai Jason Dupasquier.

"Ia bukan perkara yang mudah untuk dibuat, dan saya fikir semua pelumba berlumba untuknya. Ingatan saya kepada keluarganya."

Yamaha, Quartararo henti dominasi Ducati di GP Itali yang penuh emosi! 04

Joan Mir (kiri), Quartararo (tengah) dan Oliveira.

Mengisi kedudukan podium bersama Quartararo ialah pelumba Red Bull KTM, Miguel Oliveira dan pelumba Suzuki, Joan Mir dan ketiga-tiganya mendedikasikan kejayaan itu kepada Dupasquier.

Yamaha, Quartararo henti dominasi Ducati di GP Itali yang penuh emosi! 05

Sementara itu, pelumba legenda Itali, Valentino Rossi menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaiknya musim ini, tangga ke-10. Begitupun malang bagi rakan sepasukannya di Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli apabila menamatkan saingan di tangga ke-16. - Agensi

Sumber imej: Facebook Monster Energy Yamaha MotoGP, Facebook Petronas Yamaha SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda