Seorang pengusaha stesen minyak di Melor, Kelantan mahu mengubah tanggapan terhadap kebersihan dan keselesaan tandas di stesen minyak dengan membangunkan sebuah ‘tandas kayangan’ yang dilengkapi dengan kemudahan yang tidak selalunya diletakkan di dalam tandas.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Dalam satu laporan daripada Sinar Harian, Datuk Dr Ahmad Omar, 84, mengakui terdapat pengunjung yang beranggapan tandas itu pada mulanya pelik tetapi kemudian berasa gembira setelah merasai berada di dalam bilik air yang bersih, selesa dan mewah.
“Ada yang tertawa dan mengkritik usaha saya, tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk terus menyediakan tandas mewah bagi memastikan tandas di sini lebih menarik.”
Menariknya, tandas kayangan tersebut yang mempunyai pelbagai kelengkapan seperti pemanas air, penyaman udara, mesin kopi dan televisyen bukan sekadar gimik, malah berfungsi sepenuhnya dan boleh dimasuki secara percuma.
"Sebelum ini, kita dididik dengan pemikiran tandas awam adalah tempat yang kotor dan tidak terjaga. Jadi kelainan ini saya buat untuk memberi kebajikan kepada orang ramai dan pemikiran negatif tersebut kita boleh hakis dari masa ke masa.
"Apa yang saya buat ini hanya untuk keselesaan pengguna. Walaupun pelik, tapi kelainan dia akan memberi kepuasan hati kepada pengguna," katanya kepada pemberita.
Ahmad berkata, beliau berhabis lebih RM10,000 untuk membina tandas berkenaan.
Dia turut berharap agar masyarakat akan mengubah persepsi bahawa tandas adalah tempat yang kotor sedangkan kebersihan tandas sebenarnya terletak kepada kebersihan diri pengguna tandas tersebut.
Baca: Lebih 32,000 kenderaan masuk ke Kelantan, kawasan peranginan kembali meriah?
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });