Siapa akan ambil-alih Kia di Malaysia? Peugeot maju kedepan dengan Berjaya Auto Alliance

Awal minggu lepas, Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB), sebuah syarikat baharu yang ditubuhkan antara Bermaz Auto dan Berjaya Corp mengumumkan yang ia akan menjadi pengedar tunggal bagi kenderaan Peugeot di Malaysia – mengambil alih daripada Nasim Naza.

Tiada kenyataan tentang Kia, iaitu satu lagi jenama di bawah naungan kumpulan automotif Naza yang semakin tenat. Berjaya Auto Alliance, sehingga ke hari ini, menjauhkan diri mereka daripada membuat sebarang kenyataan berkenaan Kia.

Kia Red Cube di PJ sejak itu telah ditutup

Pada masa yang sama, Naza sendiri telah memberitahu yang ia sudahpun mahu melepaskan bisnes Kia.

Ura-ura mengatakan yang Naza berniat untuk menggantikan Kia dengan Suzuki, tapi syarikat itu belum bersedia untuk membuat pengumuman buat masa ini.

Naza bercadang untuk menggantikan Kia dengan Suzuki

Jenama Kia kini sudah hampir-hampir seperti anak yatim. ‘Penjaganya’ yang asal sudah berputus asa dengannya, tapi tak ada orang yang mahu mengambil-alihnya.

Pemilik kenderaan Kia, terutamanya yang membeli kereta mereka dalam masa 5 tahun lepas, kini ragu-ragu dengan perlindungan waranti kenderaan mereka.

Pada tahun 2016, Naza Kia Malaysia memperkenalkan kempen nilai jualan-semula yang terjamin, Kia Value 5, dengan syarat yang pelanggan ‘trade-in’ kenderaan Kia mereka dengan Kia baharu yang lain. Kontrak ini adalah antara pembeli itu sendiri dan Naza Kia Malaysia, tapi ia pastinya tidak akan sah apabila Naza Kia Malaysia membuat keputusan untuk gulung tikar.

Di samping itu, Groupe PSA meneruskan perjalanan mereka dengan Berjaya Auto Alliance. Baru-baru ini, mereka menayangkan Peugeot 2008 pada media Thai di Thailand International Motor Expo yang masih berjalan ketika ini. Mereka memberitahu media Thai yang model 2008 ini akan dilancarkan tahun hadapan, dan akan diimpot dari Malaysia.

Peugeot 2008 di Thailand International Motor Expo 2020

Orang Perancis bukannya dikenali dengan kepantasan mereka buat kerja tapi kali ini, Peugeot pastinya bergerak lebih pantas daripada orang Korea di Kia.

Ia adalah SUV segmen B yang bersaing dengan Proton X50 dan Honda HR-V

Kilang Naza Automotive Manufacturing terdahulu yang terletak di Gurun kini dikawal oleh Groupe PSA, yang buat masa ini menghasilkan Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 di sana. Kedua-dua model ini diekspot ke Thailand.

Dengan pemindahan pemilikan kilang tersebut kepada Groupe PSA, Kia sudah tak boleh memasang sebarang kereta di sana, dan secara efektifnya menurunkan taraf jenama Korea ini kepada jenama CBU sahaja.

Apa yang melambatkan rundingan dengan Kia?

Sumber-sumber rapat dengan perkara ini mengatakan yang rundingan antara Berjaya/Bermaz dan Kia masih lagi berlangsung tapi proses rundingan ini perlahan.

“Pasukan tempatan mahu melihat lebih komitmen dari Kia sebelum mereka bersetuju untuk mengambil-alih bisnes itu,” kata sumber terdekat kepada WapCar.my.

Kia tak ada banyak kelebihan buat masa sekarang kerana mereka sendiri yang mencari pembeli dan nampaknya tiada yang berminat untuk menerima tawaran Kia.

Kilang usaha-sama antara Thaco-Kia di Vietnam (gambar fail)

Berbeza dengan Peugeot, Kia tidak berminat untuk melabur dalam penubuhan projek-projek CKD (‘completely knocked down’, dipasang tempatan) di Malaysia. Tanpa kereta CKD, cukai akan menaikkan harga kereta mereka.

Dengan sendirinya, model perniagaan sebegini masih boleh berjalan. Malah, walaupun kereta CBU lebih sedikit jumlahnya, ia sebenarnya lebih menguntungkan berbanding kereta CKD. Tapi yang penting, saiz perniagaan tersebut haruslah sesuai. Kali terakhir dikira, rangkaian pengedar Naza Kia Malaysia terdiri daripada 32 kedai, menurun dari 51 kedai pada tahun 2018.

Rangkaian pengedar Kia mungkin akan dikurangkan lagi nanti

Tambahan pula, Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto, Dato’ Sri Ben Yeoh, amat biasa dengan kereta-kereta Korea.

Beliau juga merupakan bekas Pengarah Urusan Hyumal Motor Sdn Bhd, yang dahulunya merupakan pengedar kenderaan Hyundai di Malaysia pada tahun 90-an dan awal 2000. Syarikat itu kemudiannya disusun semula kepada Hyundai-Berjaya Corporation Berhad dan seterusnya Hyundai-Sime Darby Malaysia yang kita kenali sekarang.

Bermaz juga ialah pengedar kenderaan Ssangyong di Filipina. Oleh itu, pasukan pengurusan mempunyai pengetahuan yang cukup mendalam tentang matlamat realistik bagi jenama Korea di sini.

Bolehkah Malaysia menyokong Hyundai dan Kia sekali?

Satu lagi persoalan bagi isu ini ialah mampukah pasaran Malaysia untuk menampung dua jenama Korea pada satu-satu masa? Hyundai buat masa ini sedang berusaha untuk naik dan pada masa yang sama terpaksa bersaing dengan barisan kenderaan yang kebanyakannya CBU.

Dalam masa 3 bulan, Hyundai-Sime Darby Motors melancarkan tiga model – Kona, Sonata, dan Elantra – semuanya diimpot dari Korea. Jenama itu kini lebih aktif berbanding 10 tahun lepas.

Samada model-model Hyundai generasi baharu mampu membuahkan hasil masih belum dapat dipastikan buat masa sekarang. Tapi, apa yang jelas ialah pasaran automotif Malaysia terlalu kecil bagi dua jenama Korea.

Malah, Volkswagen Group yang besar itu juga hanya mampu menampung penjenamaan VW mereka di sini manakala jenama Skoda yang mementingkan bajet, juga dibawah edaran Bermaz Auto yang kini tidak aktif, terpaksa digugurkan.

Skoda diedarkan oleh Auto Praha, satu subsidiari Berjaya Auto, yang kini Bermaz Auto

Audi, yang juga jenama CBU sahaja, sudahpun sebelah kaki keluar dari pasaran dan jenama ini disokong oleh pasukan kerangka dalam Audi Malaysia, yang kini diletakkan di bawah Audi Singapore.

Menambah garam lagi ke atas luka sedia ada, berbeza daripada Volkswagen dan Skoda, tiada perpisahan yang jelas antara Hyundai dan Kia, walaupun kedua-duanya adalah sebahagian daripada Hyundai Motor Group (HMG) yang bernaung.

Persaingan dalaman yang rumit antara Hyundai dan Kia

Secara rasminya, HMG berkata yang Hyundai dan Kia mempunyai identiti jenama yang berbeza, dimana Kia adalah jenama yabg lebih flamboyan dan penuh tenaga.

Kia Stinger

Walaubagaimanapun, mengambil-kira keadaan pasaran, kedua-dua jenama ini sama saja K-Popnya, dengan poin jualan unik yang serupa, dan apa-apa pun mempunyai kumpulan pembeli yang sama.

Dari permukaannya, ini mungkin berbunyi seperti suatu keadaan yang teruk untuk perniagaan mereka. Tapi, dengan caranya yang tersendiri, HMG berjaya menguruskannya.

Hyundai Grandeur

Ada ceritanya kenapa HMG tidak menggunapakai model perniagaan Volkswagen Group dalam mengasingkan jenama senama dan jenama bajetnya.

Ketika Krisis Kewangan Asia berada pada kemuncaknya, Hyundai mengambil-alih Kia yang bankrap pada 1998. Di mata orang awam, Hyundai membeli Kia di dalam tawaran pasaran terbuka dan mengalahkan Ford dalam proses itu.

Kia Sephia (Spectra dalam pasaran lain) merupakan model Kia pertama yang dilancarkan di Malaysia, pada pertengahan tahun 90-an, sebelum syarikat itu dijual kepada Hyundai

Namun, ada satu pemahaman tersirat yang mengatakan Hyundai, yang telah menikmati perlindungan kerajaan daripada saingan asing sekian lamanya, terpaksa menjalankan tanggungjawabnya sebagai ‘chaebol’ Korea yang terbesar dalam menyelamatkan Kia daripada jatuh ke dalam genggaman Amerika.

Hubungan antara Hyundai dan Kia adalah hubungan yang rumit dan pastinya ia ada tekanannya yang tersendiri. Sehingga ke hari ini, wartawan yang mengusulkan pertanyaan kepada eksekutif HMG tentang integrasi Kia ke Hyundai dianggap seperti cuba untuk mengacah topik sensitif.

Rekaan ibu pejabat HMG dengan blok berkembar di Seoul jelas menunjukkan hierarki antara kedua-dua syarikat itu. Blok Kia jelas lebih rendah berbanding blok Hyundai, tapi kedua-dua blok ini berkongsi lobi yang sama.

Ibu pejabat Hyundai Motor Group

Kakitangan Kia mempunyai kad akses sekuriti yang berbeza dengan kakitangan Hyundai, dan mereka pergi ke blok pejabat masing-masing menggunakan lif yang berbeza.

Lobi yang dikongsi bersama adalah simbolik bagi keuntungan yang dikongsi – mereka berasingan tapi pada masa yang sama terikat bersama pada dasarnya. Menara pejabat berasingan pula menggambarkan ketidakbergantungan kedua-dua jenama ini – keduanya mempunyai tanggungjawab masing-masing bagi prestasi bisnes mereka sendiri. Menara pejabat Kia yang rendah sedikit menggambarkan status ‘adik’nya dalam keluarga HMG.

Menara Kia rendah sedikit, tapi bendera Korea diletakkan di bahagian sebelah Kia

Walaubagaimanapun, sebagai adik, ia tidak bermaksud yang ia tidak boleh bersaing dengan abangnya untuk memuaskan hati bos. Mereka hanya perlu melakukannya dengan cara berhemah dan menunjukkan hormat.

Strategi ini telah terbukti berkesan dan bagi HMG yang kini syarikat kereta keempat terbesar di dunia. Setakat Jun 2020, HMG telah berjaya menjual 2.78 juta kereta, kedudukannya di belakang kumpulan Toyota Motor (4.02 juta), Volkswagen Group (3.69 juta), Renault Nissan Mitsubishi Alliance (3.36 juta). Tapi, ia berada di hadapan GM (2.77 juta) dan juga Honda (1.91 juta).

Bagi HMG, meletakkan kedua beradik itu dalam saingan antara satu sama lain membuatkan mereka lebih kuat dan Hyundai + Kia ialah seperti 1 + 1 bersamaan dengan lebih daripada 2.

Namun, antara Hyundai dan Kia, Hyundai ialah yang berjaya menembusi pasaran dengan lebih dalam lagi di Asia Tenggara.

Ia sedang membina dua kilang di sini pada masa yang sama – satu di Singapura yang dijangka siap pada 2022, yang juga akan berfungsi sebagai pusat R&D dengan kepakaran dalam kenderaan elektrik dan tanpa-pemandu. Manakala, satu lagi di Indonesia yang dijangka siap pada tahun 2021. Ia adalah kilang bagi kapasiti 150,000 kereta setahun untuk membina kereta berkos rendah untuk disasarkan ke rantau ini – Accent generasi seterusnya, Creta varian 7 tempat duduk, sebuah trak pikap dan satu MPV.

Indonesia akan menjadi hab ekspot Hyundai bagi Asia Tenggara, dan semua model-model yang dihasilkan dirancang untuk pasaran Malaysia. Jadi, dimana peranan Kia dalam semua pelan ini?

Kia masih ada peranan di Asia Tenggara, tapi nampak gayanya ia akan terhad terutamanya kepada pasaran pemanduan sebelah kiri seperti Vietnam dan Filipina. Kia mempunyai kilang usaha-sama berkapasiti 50,000 kereta setahun di Vietnam dengan Thaco (Truong Hai Auto Corporation) tapi satu-satunya ekspot pemanduan sebelah kanannya melibatkan Kia Carnival, ke Thailand.

Thailand ialah satu-satunya pasaran untuk melancarkan Kia Carnival dengan pemanduan sebelah kanan

Ingat lagi dengan analogi adik dan abang yang kami nyatakan tadi? Tapi, perkara ini tidak begitu penting bagi Berjaya/Bermaz, atau sesiapapun yang akan mengambil-alih pengedaran Kia di Malaysia kelak.

Apa-apa pun, pengedar tempatan mahu tahu produk apa yang Kia boleh tawarkan di Malaysia, dan pada harga borong yang bagaimana angkanya?

Kekurangan model Kia yang cukup kompetitif untuk Malaysia

Jika anda mahu tahu betapa kurangnya fokus Kia pada konsumer di rantau kita, cuma lihat pada model-model yang ditawarkan dalam pemanduan sebelah kanan.

Kia Soluto, sedan segmen B yang cukup bagus untuk mencantas Honda City dan Toyota Vios, hanya boleh didapati dalam bentuk pemanduan sebelah kiri. Inilah hakikatnya walaupun sedan segmen B adalah jenis kereta penumpang yang paling popular di rantau ini.

Di samping itu, Kia Optima dengan rupa parasnya yang cantik juga hanya boleh didapati dalam bentuk pemanduan sebelah kiri dan Kia mengatakan yang ia tiada rancangan untuk menawarkan Optima dalam bentuk pemanduan sebelah kanan.

Kia tiada rancangan untuk menghasilkan Optima versi pemanduan sebelah kanan

Jadi, jika Kia sendiri tidak bersedia untuk memberi komitmen dalam penghasilan kereta dengan pemanduan sebelah kanan, kenapa pengedar tempatan, sesiapapun ia nanti, melabur dalam jenama Kia yang tiada kepentingan bagi mereka?

Kia Seltos tiada apa-apa yang istimewa untuk ditawarkan apabila dibandingkan dengan Honda HR-V yang sangat-sangat praktikal dan juga Proton X50 yang sangat berbaloi. Dari segi penggayaan pula, Hyundai Kona nampak jauh lebih cantik.

Kia Carnival yang baharu nampak sangat mewah tapi ia akan bersaing dengan terlalu banyak Toyota Alphard ‘recond’ yang murah-murah. Antara keduanya, ia nampak jelas yang mana satu akan digemari konsumer.

Kini kita hanya ada Kia Sorento dan Kia Sportage, tapi kenapa Bermaz Auto mahu merisikokan Mazda CX-5 dan Mazda CX-8 mereka sendiri?

Mazda CX-8

Berbeza dengan Peugeot, Kia kini sedang menyasarkan kumpulan pembeli yang lebih kurang sama dengan Mazda.

Sekurang-kurangnya dengan Peugeot, ia boleh memasarkan dirinya sendiri sebagai satu alternatif Eropah dan bagi segelintir pelanggan, ini masih relevan walaupun ianya Peugeot. Ia bukanlah seperti Volkswagen tapi Peugeot dikenali ramai sebagai kereta yang mempunyai ruang dalaman paling cantik dalam banyak-banyak kereta Eropah yang lain.

Berjaya/Bermaz mampu untuk memanjangkan proses rundingan ini. Mereka bukannya keluar mencari bisnes tersebut dan walaupun rundingan ini gagal, mereka tak rugi apa-apa.

Jenama Kia telahpun berada pada tahap yang menyedihkan di sini selama lebih 10 tahun dan pengedar baharunya nanti akan terpaksa berbelanja lebih banyak dana sebelum mereka dapat melihat sebarang keuntungan dibuat.

Kini keputusannya bergantung kepada Kia. Jika Malaysia tidak cukup penting bagi Kia, oleh itu orang Malaysia juga patut beritahu Kia yang kita pun tak begitu berminat dengan produk mereka.

Bagi Asia Tenggara, fokus Kia hanya terhad kepada Vietnam. Pasaran pemanduan sebelah kanan dipinggirkan

Merubah persepsi negatif terhadap kereta Korea bukanlah sesuatu yang mudah dan Kia perlu bertanya pada diri mereka sendiri – selama lebih 15 tahun ketika nama Kia dijual di bawah Naza Kia Malaysia, apa yang Kia sendiri telah lakukan untuk menguntungkan pengedar tempatannya?

Oleh itu, ia tak patut menaruh harapan terhadap pengedar tempatannya yang baharu nanti untuk melesapkan semua masalah ini. Jika Kia mahu memperbaiki kedudukan jenamanya di sini, ia perlu berusaha dengan lebih keras lagi dan bekerjasama dengan pengedar tempatannya yang baharu itu nanti, kerana mereka juga bertanggungjawab dalam kesulitan yang dihadapi sekarang.

Perlu diingatkan yang Kia menampung sebuah syarikat lokal iaitu Kia Malaysia. Ia berbeza dengan Naza Kia Malaysia, dimana Kia Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh Kia Motors Corporation dan mereka ada satu pejabat kecil di Naza Tower 50 tingkat di sini.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Axia

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model