Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'?

Penampilan Mercedes-Benz sejak tahun 2012 sememangnya cukup menawan. Kebiasaanya, Mercedes-Benz lebih diminati oleh golongan veteran tetapi dengan rekaan yang cantik sebegini, golongan muda turut cenderung ke arah jenama ini.

Antara model yang hangat diperkatakan ialah Mercedes-Benz A-Class W176. Generasi ini dibina berdasarkan falsafah hot hatch dimana ia memperagakan rekaan yang jauh lebih seksi berbanding generasi sebelumnya. Ditambah pula dengan garisan badan seperti Mercedes-Benz CLS C218 (coupe 4 pintu), A-Class generasi W176 ternyata digilai ramai kerana kelihatan cukup mahal.

Walaupun ia hanya sebagai model permulaan, Mercedes-Benz masih menerapkan elemen dan rekaan yang premium.

Mercedes-AMG A45 yang cukup hangat di kalangan peminat kereta

Menariknya, A-Class generasi ini merupakan cubaan pertama Mercedes-Benz AMG dalam penghasilan varian berprestasi tinggi. Tetapi untuk kali ini, kami ingin menceritakan tentang varian konvensional.

Dengan harga yang kini jauh lebih murah, adakah ia berbaloi untuk dibeli? Mari kita lihat aspek penyelenggaraan terlebih dahulu.

Isu dan permasalahan

Imej: Merz Auto

Secara umumnya, A-Class W176 mempunyai jangka hayat yang baik untuk sebuah kereta kontinental. Namun begitu, ia bukanlah tanpa sebarang isu. Kami telah merujuk Encik Nizam dari Merz Auto Garage di Taman Melawati untuk mengetahui isu umum mengenai Mercedes-Benz A-Class generasi W176.

Imej: MBWorld

Antara masalah yang sering dihadapi oleh pemilik A-Class W176 ialah kegagalan pengesan oxygen (O2 sensor) dimana ia akan menaikkan simbol 'check engine light'. Kos penukaran oxygen sensor ini adalah sekitar RM 650.

Imej: BenzServ

Seperti kereta buatan Jerman yang lain, kegagalan pada pengesan kelajuan roda (wheel speed sensor) boleh berlaku dimana ia boleh menganggu sistem kecekapan brek dan kawalan kestabilan kenderaan. Anggaran kos untuk menukar pengesan ini adalah sekitar RM 300 untuk satu roda.

Imej: MBworld.org

Di samping itu, ramai pengguna melaporkan kegagalan bateri yang kedua iaitu auxiliary battery yang terletak di bahagian tayar ganti. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kereta buatan Jerman mempunyai 2 bateri untuk menyokong peralatan elektronik. Untuk Mercedes, auto start-stop tidak akan berfungsi sekiranya bateri ini gagal. Kos penukaran bateri ini adalah sekitar RM 320.

Bagaimana pula dengan kos servis?

Imej: Speedmodmotor

Seperti kereta biasa, selang perbatuan untuk melakukan servis adalah pada setiap 10,000 km. Kos servis yang biasa berharga sekitar RM 400 hingga ke RM 550. Kos untuk melakukan servis gearbox pula berada dalam lingkungan RM 750 hingga ke RM 900. Menariknya, transmisi DCT pada A-Class ini sebenarnya antara yang terbaik dari segi jangka hayat. Walaupun menggunakan dwi-klac, tiada sebarang masalah atau isu kehausan yang pernah dilaporkan walaupun terdapat pemilik yang sudah mencapai perbatuan 200,000 km. Walau bagaimanapun, kos untuk menggantikan set klac yang baru boleh mencecah RM 4000 apabila tiba masanya.

Imej: PromoteAutoCare

Mengenai kos servis penyaman udara dan penukaran komponen yang haus seperti brake pad ataupun spark plug, harganya lebih kurang kereta Jepun sahaja.

Model tahun manakah paling baik?

Model facelift di sebelah kanan yang menampilkan grafik lampu yang berbeza serta reka bentuk bampar dan ekzos yang berlainan

Kami menyarankan pembeli untuk memilih model facelift kerana kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah pulih.

Model facelift di imej bawah yang menampilkan pembaharuan pada reka bentuk stereng dan butang kawalan multimedia, tombol pelaras kerusi jenis aluminium, dan skrin infotainment yang berbingkai rata

Berdasarkan spesifikasi keseluruhan, Mercedes-Benz A-Class W176 facelift yang dikeluarkan dari tahun 2016 agak berbaloi untuk dibeli sekiranya unit tersebut dijaga dengan baik. Malah, lebih baik sekiranya pembeli memilih unit yang tidak diubah suai bagi mengekalkan kualiti yang tulen.

Tinjauan pasaran terpakai

Berdasarkan pasaran terkini, Mercedes-Benz A250 AMG Line tahun 2016 kini berharga sekitar RM 136k. Ia dikuasai oleh enjin 2.0L turbo (211 PS, 350 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.  Varian ini mempunyai segala kelengkapan premium yang mencukupi seperti brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran, bantuan parkir automatik, lampu depan adaptif, ambient lighting, dan pelarasan kerusi elektronik. Di samping itu, varian ini bersaing terus di segmen hot hatch yang sering diungguli oleh Volkswagen Golf GTI.

Untuk pembeli yang mahukan pemanduan yang lebih selesa, A180 Urban Line tahun 2016 boleh dibeli dengan harga serendah RM 119 k. Walaupun enjin 1.6L turbo yang didatangkan hanya mempunyai 122 PS dan 200 Nm tork, ia masih berupaya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.6 saat.

Menariknya, varian ini mempunyai ciri pemanas kerusi dimana ia cukup berguna ketika anda kesejukan.

Model Harga baru Harga terpakai Purata penurunan harga tahunan
A250 AMG Line (2016) RM 238,888 ~RM 136,000 ~10.8%
A180 Urban Line (2016) RM 195,888 ~RM 119,000 ~9.8%

Walau apapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Selain itu, apa yang harus ditelitikan?

Seperti mana-mana kereta terpakai, tiada kereta sama yang mempunyai keadaan yang serupa. Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk membeli terus daripada pemilik untuk mengetahui keadaan asal kereta tersebut. Anda juga disarankan untuk memilih kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh untuk mengelakkan diri daripada sebarang penipuan pada perbatuan (mileage). Untuk maklumat anda, rekod servis dan penyelenggaraan juga memudahkan anda untuk mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta tersebut.

Imej: ACM

Seperti kereta terpakai yang lain, anda boleh memeriksa kali terakhir servis dilakukan untuk mengetahui rekod penjagaan dengan lebih terperinci seperti minyak hitam, minyak transmisi (gearbox), air radiator, dan minyak brek.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menguji-pandu terlebih dahulu dan meneliti sama ada kereta tersebut pernah mengalami sebarang kerosakan kemalangan ataupun banjir.

Konklusi

Walaupun berada pada generasi terdahulu, Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai masih kelihatan moden untuk anda yang ingin bergaya mewah tanpa berbelanja terlalu tinggi. Ditambah pula dengan harga yang kini jauh lebih rendah, mungkin inilah masanya untuk anda cuba jenama premium yang cukup dikenali oleh ramai.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Mercedes-Benz A-Class

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Mercedes-Benz A-Class
Cek Lebih