ASEAN NCAP Protokol 2021 - 2025 telah menampilkan aspek Keselamatan Penunggang Motorsikal sebagai aspek terbaru di mana ujian kini dilakukan berdasarkan aspek berikut secara keseluruhan:
- Adult Occupant Protection (AOP)
- Child Occupant Protection (COP)
- Safety Assist
- Motorcyclist Safety
Apa yang menarik, Perodua Ativa telah menerima markah penuh bagi aspek COP dalam ujian perlanggaran dinamik. Perodua Ativa juga dibantu oleh ciri-ciri keselamatan yang terbaik untuk meningkatkan lagi markah untuk memperolehi 5 bintang.
Berdasarkan pemarkahan, Perodua Ativa hanya ketinggalan dalam aspek Pengesanan Penumpang Tempat Duduk Belakang sahaja. Selain dari itu, ia lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang diperlukan oleh ASEAN NCAP.
Ciri keselamatan asas pada Perodua Ativa termasuklah 6 beg udara, ABS, ESC dan Peringatan Tali Pinggang Keledar.
Selain itu, Perodua A.S.A 3.0 turut menampilkan Pre-Collision Braking (PCB), Pre-Collision Warning (PCW), Pedal Misoperation Control (PMC), Front Departure Alert (FDA), dan Lane Departure Warning (LDW).
Ciri keselamatan Perodua Ativa 1.0 AV |
ABS | ✓ |
HSA | ✓ |
VSC | ✓ |
6 beg udara | ✓ |
ACC | ✓ |
LKC | ✓ |
BSM | ✓ |
RCTA | ✓ |
Menurut brosur Perodua, Perodua Smart Drive Assist adalah sistem yang merangkumi ciri kelengkapan seperti berikut:
- Advanced Safety Assist (ASA)
- Driving Assist (ACC, LKC, BSM, LDW)
- Parking Assist
- Headlamp Assist
Markah keseluruhan bagi Perodua Ativa 2021 adalah 83.4% sekaligus meletakkannya pada tahap 5 bintang ASEAN NCAP.
Bagi mereka yang masih meragui kemampuan Perodua, apa kata ikuti Wapcar.my kerana kami mempunyai kejutan tentang Perodua Ativa ini!
Bacaan lanjut:
Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k!
Aksesori Gear Up untuk Perodua Ativa 2021, kasi tambah kit nampak lagi garang!
Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!
Perodua Ativa 2021: Varian X, H, AV - yang mana patut anda beli?
Mitos atau fakta – Perodua Ativa (D55L) ada tayar ganti ataupun tidak?
Perodua Ativa 2021 tiada giliran menunggu berbulan-bulan, boleh dapat secepat mungkin!
5